Beberapa bulan lepas, kawan ajak saya ke Sungai Buloh untuk beli pokok bunga. Masa tu cuma fikir nak beli pokok herba je. Bila terpandang pada pokok orkid kawan, saya jadi berkenan pulak pada bunga tu, beli la 3 pasu. Alhamdulillah pokok orkid masih segar hingga kini, walaupun begitu cuma satu pasu saja yang masih berbunga.. 🙂
Selain pokok bunga orkid, saya juga beli 8 jenis pokok herba. Ketika tu punya le bersemangat nak tanam herba. Dah lama rancang dengan my only son, nak suruh dia cangkul tanah, buat petak-petak khas untuk herba, konon nak buat satu sudut ditepi rumah sebuah taman mini herba bermula dengan 8 pokok ni. Dulu plan, kalau herba-herba ni hidup subur, segar bugar dan matang boleh le tuai daun-daun nya, keringkan dan simpan. Malangnya impian nak buat taman herba ni tak kesampaian. My only son sibuk dan saya pun sibuk juga hehe… pokok herba yang ada tu pun dah layu dan kering. Nampaknya kena beli semula pokok herba kalau nak jayakan rancangan yang belum menjadi ni.

Anyway baru-baru ni beli 4 jenis daun herba yang telah dikeringkan. Dah lama tak beli peppermint (pudina) dan sage. Stinging nettle (jelatang) dan dandelion,herba kesukaan saya,sentiasa ada stok di rumah, selalu beli yang dalam kapsul.

image

Organic herbs. 😉 Dalam entri sebelum ni pernah tulis tentang khasiat dan manfaat herba stinging nettle, dandelion, sage dan pudina terhadap kesihatan badan.

image
Pudina

image
Hmm…smell so good!!
Apa yang special sangat teh herba-herba ni? Selain baik untuk badan, saya minum kerana ia sedap 😉 tiap kali minum rasa puas dan boleh hilang dahaga serta merta…Kalau tak sedap, mungkin rasanya tak minum . Buat apalah nak kerut-kerutkan muka, minum air yang tak sedap, kecualilah kalau terpaksa… Ye tak? Baguslah juga minuman petang saya kini teh herba, dah selalu sangat ambil herba dalam bentuk kapsul.

Wouldn’t all of you like to try.
Be adventurous! Anyway, it’s healthy. 😀

8 thoughts on “Teh herba untuk minuman petang

    1. WaalaikumusSalam Adil. Biasanya beli herba2 ini di herbalife, The garden, Mid Valley City. Ada satu lagi kedai herbalife di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara. 🙂

    1. Waalaikumussalam.. saya tak pasti masih ada ke tidak di tempat ini, tp bolehlah cuba tengok kot2 masih ada.. inshaaAllah.
      Justlife,
      Ikano Power Centre
      Lg 27 & 28
      Jln PJU 6/2 Petaling jaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s