Saya suka kukus belimbing buluh dan makan dengan sambal garam atau masak dengan lemak cili padi. Belimbing buluh boleh menambahkan perisa masakan dan dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan darat (ikan air tawar).

image
(buah belimbing buluh)

Dikatakan belimbing buluh mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan dan sering di gunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit dan menghilangkan jerawat. Caranya; tumbuk lumat dan campur sedikit air, gosok perlahan di muka, biarkan sekejap saja dan bilas dengan air seperti biasa. (saya tak pernah amal petua ni)

image
(Buku ini juga digunakan sebagai sebahagian rujukan)

Dikatakan jus belimbing buluh juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, mengelakkan pitam, mengawal obesiti dan anti radang. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, dikatakan merebus buah ini dan minum dua kali sehari dapat memberi kelegaan.

Daun belimbing buluh bila di jadikan pes boleh merawat gatal, bengkak, reumatisme dan dikatakan teh daun ini boleh merawat penyakit kelamin.

Buah belimbing buluh mudah rosak, walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Boleh di jerukkan dan di buat jem. Bila di jerukkan asid yang terkandung di dalam buah ini akan berkurangan.

Ada berpendapat mereka yang menghidapi angin medu, tidak boleh makan buah belimbing buluh.

Buah ini boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran, hmm… sangat menarik!!!

Advertisements

5 thoughts on “Khasiat Belimbing Buluh

  1. Rumah ayah saya ada sepohon pokok belimbing buluh yg buahnya sentiasa lebat. Jiran dia selalu mintak daunnya utk dikeringkan dan dibuat teh utk penyakit darah tingginya. saya sdiri tak pernah cuba pulak..

    1. Buah belimbing buluh tidak tahan lama walaupun d simpan dalam peti sejuk.. jadi saya suka jerukkan buah ini…sedap dimasukkan kedlm sambl atau dibuat masak lemak…. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s