Ikan Siakap Masak Tempoyak

Assalam..
Agak lama juga saya tak pos resipi di sini. Hari ini saya kongsi resipi ikan siakap masak tempoyak yang saya buat untuk makan tengahari semalam.

Ada kelainan sedikit masakan kali ini. Selalunya saya akan masukkan daun kesum dan kadang-kadang tu masukkan juga bunga kantan. Tapi semalam saya cuma letak daun limau purut dalam masakan ini. Kuahnya saya buat pekat sedikit. Saya juga masukkan asam gelugur kerana tempoyak saya kurang masam. Sedap rupanya bila masukkan daun limau purut. Rasanya pun lain dari biasa. Makan dengan nasi panas dan ada pula sambal dan ulam, memang naik selera 😀

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap, buang sisik dan potong 3
10 biji cili padi merah atau secukup pedas
2 ulas bawang putih.
Serbuk kunyit
2 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut di hiris halus
2 keping kecil asam gelugur (kalau tempoyak dah cukup masam tak perlulah asam gelugur)
3 sudu besar penuh tempoyak
2 cawan air

Cara:

1. Tumbuk bawang putih, cili padi dan serbuk kunyit sehingga hancur
2. Didihkan 1 1/2 cawan air dan masukkan bahan tumbuk dan serai. 
3. Masukkan ikan, asam gelugur dan kacau rata. Kecilkan api dan reneh sehingga ikan masak
4. Masukkan 1/2 cawan air ke dalam tempoyak. Kacau rata 
5. Tuangkan tempoyak ke dalam periuk ikan
6. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.

Percutian Di Sabah – Akhir

Dari Canopy Walkway Poring kami terus ke Sabah Tea. Singgah sebentar sambil melepas lelah dan menikmati teh panas..
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Kami menginap di Hotel Promenade selama 2 malam. Bagus hotel ni dan buffet sarapan pun sedap.

LADANG TEH TERBENTANG LUAS..

RUMAH TERBALIK

Selepas sarapan di hotel, kami ke Rumah Terbalik dan seterusnya ke Jambatan Gantung Tamparuli. Jambatan ini di gantung merentangi sungai dan ia adalah lebih lebar dan pendek dari Jambatan Gantung Poring. Namun tatkala melintasinya hati saya tetap terasa takut dan gayat. Berdekatan dengan jambatan terdapat Pasar Tamparuli. Kami singgah sekejap beli buah dll. Selesai membeli belah, kami ke Muzium Sabah dan melawat Kampung Tanjung Aru Baru…

JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI

PASAR TAMPARULI

KAMPUNG TANJUNG ARU BARU

Pada hari berangkat pulang, kami sempat ke pasar beli sedikit ole2 untuk dibawa pulang..

DI AIRPORT KOTA KINABALU

Wajah riang kerana tak sabar untuk bertemu keluarga tercinta….

Percutian Di Sabah – 2

Assalam..

Selepas sarapan di hotel kami mula bersiap untuk ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.

Gambar di bawah adalah pemandangan sekitar dari Hotel Dream World & gambar berlatar belakang Gunung Kinabalu yg dilitupi kabus…..

Desa Cattle Dairy Farm.
Pemandangan yang sangat cantik. Cuaca yang dingin membuat kami begitu selesa bersantai lama di sini.

Kemudian kami terus ke hot spring. Ketika sedang menjamu selera, juru pandu kami Hasif dan isterinya, Nana mengajak kami mendaki bukit. Kami setuju je. Tak sangka la pulak nak kena jalan atas titi gantung yang tinggi! Gayat sungguh!

Di pertengahan jalan atas titi gantung tu, saya rasa macam dah tak mampu nak teruskan berjalan. Hinggakan ada ketika kaki saya tak boleh nak melangkah sebab takut sangat. Tapi nak buat macammana, nak patah balik pun satu hal juga. Teruskannn je laaa walaupun ketakutan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Mulut dan hati saya tidak henti-henti berdoa…

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya melaluinya hingga ke penghujung jalan. Satu pengalaman yang sangat bernilai buat kami semua. Tapi masa tu saya terfikir…ini first and last time kot. Tak sanggup lalu lagi.

ĺ

Rupa2nya ini bukanlah kali terakhir …. ada lagi titi yang akan di lalui selepas itu!