Berdoalah….

Diriwayatkan di dalam sahih Muslim dari Jabir bin Abdillah r.a., dia berkata, ‘Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

image

Ertinya:
“Sesungguhnya pada setiap malam ada satu waktu yang tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat pada waktu tersebut kecuali Allah akan mengabulkannya. Dan waktu tersebut ada di setiap malam.”

Memohon Perlindungan Kepada Allah

Doa selepas solat

Diriwayatkan di dalam sahih al-Bukhari di awal “Kitabul-Jihad” dari Sa’ad Abi Waqqas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan kepada Allah setiap selepas solat dengan kalimat-kalimat ini:
image

Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat kedekut, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan masa tua, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur.”

Salam Jumaat

Selawat kepada Rasulullah.s.a.w.

Diriwayatkan di dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bin As r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

image
Ertinya:
“Siapa yang membaca selawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud, sunan an-Nasa’i dan sunan Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Aus bin Aus r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
image
Ertinya:
“Sesungguhnya hari terbaik kamu adalah hari Jumaat, maka pada hari itu perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku. Kerana selawat kamu diperlihatkan kepadaku. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu sedangkan engkau telah hancur (menjadi tanah)?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud di akhir Kitabul-Haj; pada “Bab Ziarah Kubur” dengan sanad sahih dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
image
Ertinya:
“Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Dan berselawatlah kepada ku, kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana pun kamu berada.”