Cambah benih (Sprouting) – 2

Ini adalah hasil cambah benih.
image
Saya cambah 3 jenis benih, 5 hari lepas kacang hijau, dua hari kemudian detox mix dan keesokkan harinya pula protein mix

image
Kita boleh dapat semangkuk besar taugeh dengan hanya 2tbsp kacang hijau hehe..

image
Tak lama lagi bolehlah makan detox mix dan protein mix pula, insyaAllah 😀
image
Tadi rendam 3 lagi jenis benih, brokoli, alfalfa dan kacang hijau. Suami lebih suka taugeh, nampaknya kenalah masak taugeh selalu..

image
Hmm… cambah benih nampaknya dah jadi hobi baru saya, dan hasilnya boleh memberi banyak manfaat pada saya dan keluarga. InsyaAllah
😀

image
Sebenarnya saya dan suami memang suka sangat makan taugeh tapi saya dah lama tak beli. Kini makan taugeh organik, cambah sendiri pulak tu. Best jugak hehe…

image
Plan nak masak sup taugeh ikut resipi korea, hmm…bijan dan minyak bijan dah habis jadi buat sup biasa je la. Saya masukkan 3 cawan air + ikan bilis, rebus. Keluarkan ikan bilis ( saya biarkan je ikan bilis dalam sup ), kemudian masukkan 1 labu bawang besar dipotong kiub, 3 ulas bawang putih di ketuk dan serbuk lada putih secukup rasa serta kicap. Masukkan taugeh, 1 tbsp minyak zaitun dan garam. Resipi korea kalau masak sup taugeh, dimasak atas api selama 25 minit. Jadi tadi saya pun biarkan lama atas api. 😀

Hari ini suami balik makan tengah hari di rumah. Kami makan sup taugeh. Hahaha…

Cara nak cambah benih boleh klik disini.

Kerabu Tunas (sprouts)

Bila bijirin, biji dan kacang di cambahkan, kandungan zat yang terdapat didalam tunas sangat tinggi terutama kandungan enzim

image

image

image

 

Bila tunas di makan mentah, kandungan antioksidan dan enzim yang sangat tinggi memberi manfaat kepada kesihatan badan. Tunas sangat mudah di cernakan, mempunyai kadar serat, protein, vitamin dan mineral yang tinggi.

Kajian terkini menunjukkan bahawa tunas, disamping menjadi sumber nutrien yang hebat, juga mempunyai keupayaan penyembuhan yang sangat tinggi. Tunas juga mampu meningkat pembentukan dan ketumpatan tulang di samping mencegah osteoporosis, membantu mengawal hot flashes, menopaus, pms dan fibrocystic tumor payudara serta merangsang sistem imun

RESIPI KERABU TUNAS
Semalam saya hidangkan kerabu ni pada suami dan anak….berselera mereka berdua makan!!

image

 

 

image

Bahan-bahan:

  1. 1/2 pek tunas brokoli & alfalfa, cuci dan toskan
  2. 1/2 pek tunas alfalfa, cuci dan toskan
  3. Sengenggam daun selasih
  4. 1 biji bawang besar dihiris nipis
  5. 2 batang serai, ambil bahagian lembut dan hiris nipis
  6. 2 cili merah, buang biji dan hiris nipis
  7. 1 keping kecil ikan tenggiri bakar, ditumbuk atau kisar kasar
  8. 1 sudu besar kerisik
  9. 1 sudu besar madu
  10. 3 sudu besar cuka epal atau jus lemon secukup rasa
  11. 3 sudu besar santan pekat segar ( saya guna santan kotak jenama kara)
  12. Serbuk kasar lada hitam secukup rasa
  13. Garam secukup rasa

 

Cara:

Masukkan bahan 4 – 13 ke dalam mangkuk. Gaul dan ramas sehingga sebati

Kemudian masukkan tunas brokoli, tunas alfalfa dan daun selasih. Gaul sehingga rata

 

Kerabu ini kalau dibiar lama akan berair. Kalau suka kering, kurangkan santan

Gout.

Kata orang, gout penyakit orang kaya? Setuju ke?
Penyakit ini bila diserang, aduh sakitnya! Ada yang mengerang, bila dah terlampau sakit. Kata teman saya, suaminya tak mampu nak berjalan. Serius ni! Sakit akan reda bila diberi ubat, akan menyerang semula jika tidak mengawal diet. Apakah sebab dan bagaimana menghindarinya?Adakah kerana kadar asid urik terlalu tinggi? Rupanya bila asid urik ni tinggi di dalam badan, seseorang akan mudah mendapat gout. Biasanya penyakit ini lebih berminat pada kaum lelaki.

Kurangkan daging dan organ dalaman seperti hati, ginjal, jantung, seafood, minuman manis, kekacang dll. Banyak nak kena pantang bila dah biasa mendapat gout. Jadi bagi mereka2 yang belum pernah mengalaminya, kenalah jaga diet. kesakitan yang terpaksa ditanggung ketika diserang gout sukar diterjemahkan.

Digalakkan minum air yang banyak dan mengambil sayuran2 bagi mencegah dan merawat.. Celery seeds sangat berkesan. Satu ketika dulu saya selalu beli celery seed, simpan dirumah, kalau2 ada yang memerlukan, bolehlah diberi. kini amat sukar untuk mendapat celery seeds ( dulu banyak dijual disupermarket dan murah, 1 paket kurang dari 6 ringgit ). selain dari itu dikatakan Celery+ carrot (or apple) kisar dan minum 3x sehari dapat membantu dan melegakan kesakitan. Satu lagi dikatakan penawar gout ialah alfalfa (bagus juga untuk arthritis dan rheumatism)

image
Saya suka makan nasi berulamkan alfalfa.
1sudu makan cuka epal+1 sudu makan minyak zaitun+1/2 sudu makan madu, kacau sebati dan tuang keatas semangkuk kecil alfalfa dan gaul rata bersama 1 bawang sederhana besar dihiris nipis dan beberapa cili padi. Oops jangan lupa garam. Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral. khasiat nya luarbiasa dikatakan dapat menyembuh pelbagai penyakit di samping dapat menguat sistem imun, melindungi saraf, meningkat stamina dan pengeluaran hormon dan juga mengeluar toksin didalam badan. Alfalfa boleh didapati dalam bentuk kapsul.