Bila bijirin, biji dan kacang di cambahkan, kandungan zat yang terdapat didalam tunas sangat tinggi terutama kandungan enzim
Bila tunas di makan mentah, kandungan antioksidan dan enzim yang sangat tinggi memberi manfaat kepada kesihatan badan. Tunas sangat mudah di cernakan, mempunyai kadar serat, protein, vitamin dan mineral yang tinggi.
Kajian terkini menunjukkan bahawa tunas, disamping menjadi sumber nutrien yang hebat, juga mempunyai keupayaan penyembuhan yang sangat tinggi. Tunas juga mampu meningkat pembentukan dan ketumpatan tulang di samping mencegah osteoporosis, membantu mengawal hot flashes, menopaus, pms dan fibrocystic tumor payudara serta merangsang sistem imun
RESIPI KERABU TUNAS
Semalam saya hidangkan kerabu ni pada suami dan anak….berselera mereka berdua makan!!
Bahan-bahan:
- 1/2 pek tunas brokoli & alfalfa, cuci dan toskan
- 1/2 pek tunas alfalfa, cuci dan toskan
- Sengenggam daun selasih
- 1 biji bawang besar dihiris nipis
- 2 batang serai, ambil bahagian lembut dan hiris nipis
- 2 cili merah, buang biji dan hiris nipis
- 1 keping kecil ikan tenggiri bakar, ditumbuk atau kisar kasar
- 1 sudu besar kerisik
- 1 sudu besar madu
- 3 sudu besar cuka epal atau jus lemon secukup rasa
- 3 sudu besar santan pekat segar ( saya guna santan kotak jenama kara)
- Serbuk kasar lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
Cara:
Masukkan bahan 4 – 13 ke dalam mangkuk. Gaul dan ramas sehingga sebati
Kemudian masukkan tunas brokoli, tunas alfalfa dan daun selasih. Gaul sehingga rata
Kerabu ini kalau dibiar lama akan berair. Kalau suka kering, kurangkan santan
Knape ye kerabu2 puan nampak dlm gambar sedap sgt. Emm..gambar2 cantik kuu..tt 🙂
Cuba le resepi ni. sekali makan lain kali nak lagi..hahaha..insyaAllah.
teringinnn!!
Bila nk buat lg…? Nk datang rumah !
Saya baru jumpa tunas ni masa beli barang semalam. Teringin nak cuba. Google resipi alfalfa, jumpa blog ni. Nice sharing!~ Teruja nak cuba 🙂
Tunas alfalfa sangat berkhasiat! Selamat mencuba 🙂