Salad & Ayam Daikon

Sejak kebelakangan ini saya suka sangat masukkan daikon ke dalam masakan. Daikon atau lobak putih ini kaya dengan nutrien dan dikatakan sangat berkesan bagi melawan sel-sel kanser.

Daikon ni lebih berkhasiat dimakan mentah tapi tak sedap sebab bagi saya ada rasa maung. Daun daikon juga boleh dimakan. Rasanya sedikit pahit. Biasanya saya cuma buat salad je.. 🙂

1448547043204
Daikon yang telah disagat

1448546951011

AYAM DAIKON

 

1448546766342

 

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dipotong 8
2) Air lebih dari paras ayam
3) 2 pokok ketumbar dengan akar dicuci bersih
4) 6 biji tomato ceri dibelah 2
5) 1 labu bawang besar dibelah empat & cili padi dihiris
6) 4 ulas bawang putih diketuk
7) 1~ 2 biji lemon
8) 1 batang daikon disagat nipis dan lebar. Garam secukup rasa.

Bila air dah mendidih masukkan ayam. Kemudian masukkan bahan 3~6 hingga masak. Tutup api baru masuk jus lemon, garam dan akhir sekali daikon. Tutup periuk dan biarkan sepuluh minit atau lebih supaya daikon menjadi lembut dan barulah dihidang.

SALAD DAUN DAIKON

 

1448546646160

Bahan-bahan:

1) Daun daikon dihiris dan dicelur seketika. Toskan dan kemudian perah buang airnya. Rasa daun ini sedikit pahit.
2) 1 biji tomato dihiris kecil.
3) 2 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 1 tbsp bijan digoreng tanpa minyak hingga kekuningan.
5) Daun bawang dihiris.
6) Serbuk kasar cili kering.
7) Jus lemon, 1 tsp minyak zaitun, sedikit madu dan garam secukup rasa.

Gaul semua bahan sehingga rata dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Mudahkan?
Try la.. 🙂

Makanan sihat, insyaAllah badan pun sihat 🙂

Sup Ayam Ketumbar untuk Detoks?

Resipi ini sesuai untuk mereka yang merancang nak melakukan detoks. Daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup ayam ini mempunyai banyak kelebihan selain mampu menyahkan logam berat yang terdapat di dalam badan. Sering melakukan detoks membuat badan terasa lebih ringan, segar dan sihat. InsyaAllah.

Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya toksin berpotensi merbahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit.

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 4 ulas bawang putih
3) 3″ lengkuas di hiris nipis
4) 1 ikat daun ketumbar
5) Cili padi dan garam secukup rasa.
6) 4~5 cawan air

Bila air dah mendidih, masukkan ayam dan bahan lain dan rebuslah sehingga masak. Akhir sekali baru masukkan garam secukup rasa.

Jom detoks! 🙂

Bacaan lanjut: khasiat ketumbar.

Daun ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan dari beberapa jenis buah dan sayuran…