Ayam Lengkuas Berempah

SELAMAT HARI MALAYSIA

Menu malam ini..

Jom try

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung, dipotong kecil dan buang kulit
2) 1 sudu besar serbuk kasar cili kering
3) 2 sudu teh serbuk ketumbar
4) 1 sudu teh serbuk jintan manis
5) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
6) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
7) 25g lengkuas ditumbuk lumat
8) Garam secukup rasa
9) 100g lengkuas dihiris nipis
10) 7 ulas bawang putih dihiris kasar
11) 1 1/2 cawan minyak

Cara:

1) Gaul ayam dengan bahan 2~8 sehingga sebati. Perap selama 1 jam
2) Panaskan minyak
3) Masukkan semua ayam dan goreng diatas api yang sederhana
3) Bila ayam dah sedikit kekuningan, masukkan lengkuas yang telah dihiris dan bawang putih
4) Goreng ayam sehingga garing dan tuangkan ke dalam penapis. Toskan.

Ayam Kampung Percik Putih

Entri ini adalah menu yang saya masak untuk hidangan makan malam semalam. Saya rasa masakan ini sesuai dengan citarasa saya dan keluarga. Saya harap ia dapat menepati selera anda yang ingin mencubanya.
Bagi mereka yang kurang menggemari ayam boleh juga gunakan ikan seperti ikan kembung dan talapia atau daging batang pinang sebagai ganti ayam.
Resipi ini sangat sesuai dihidang untuk keluarga pada bulan ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi..

Jom intai resipi..
image

Bahan-bahan:

1) 10 ketul ayam kampung digaul dengan garam dan halia yang ditumbuk lumat. Perap sekejap

Untuk kuah
1) 8 ulas bawang merah
2) 2 ulas bawang putih
3) 2 batang serai / 3 batang kalau kecil
4) 1 inci halia dan 1/2 inci lengkuas
5) 1/2 sudu teh/tsp halba biji
6) 1/4 tsp serbuk kasar lada hitam
7) 2 cawan air
8) 1 kotak kecil santan (saya guna kara)
9) Air asam jawa
10) 1/2 cube ikan bilis maggie dihancurkan
11) 2 tbsp tepung gandum dikacau dengan sedikit air. Kalau suka kuah lebih pekat bolehlah tambah sedikit lagi tepung
12) Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Panaskan oven: suhu 190°C-200°C
Bakar ayam sehingga masak (anggaran masa 40~45 minit)

1) kisar bahan 1~4 dengan 1 cawan air sehingga lumat
2) Masukkan 1 cawan air dan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Reneh sekejap atas api
3) Kemudian masukkan halba, lada hitam, santan, ikan bilis dan air asam jawa
4) Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga mendidih
5) Akhir sekali garam dan gula secukup rasa
6) Masukkan ayam yang telah masak dibakar ke dalam kuah dan gaul rata dan masak di atas api sekejap.
7) atau celup ayam yang telah masak dibakar ke dalam kuah dan bakar semula dan ulang beberapa kali.

Bagi pengemar masakan ayam percik, selamat mencuba resipi ini.

Yummy!

Tomyam Ayam Kampung

As salam

Untuk entri hari ini saya nak kongsi resipi tomyam yang begitu mudah untuk disediakan.

Bagi yang perihatin pada kesihatan, menu hari ini memang sangat sesuai kerana resipi ini kaya dengan herba dan berkhasiat…

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung (kecil), Potong ikut citarasa dan buang kulit
2) 4 cawan air
3) 3″ lengkuas dihiris
4) 2 batang serai diketuk
5) 1 biji tomato dibelah 8
6) Cili padi diketuk
7) 1 biji bawang besar dihiris bulat
8) 5 helai daun limau purut
9) Segenggam daun ketumbar dihiris
10) Jus lemon dan garam secukup rasa

Cara:

1) Didihkan air dan masukkan ayam.
2) Rebus ayam, lengkuas dan serai sehingga masak.
3) Kecilkan api, masukkan tomato, daun limau purut dan cili padi. Reneh selama 10 minit
4) Akhir sekali masukkan bawang besar, daun ketumbar , jus lemon dan garam secukup rasa. Masak selama 1 minit, bolehlah padam api

Selamat mencuba