Bihun Goreng

“Macammana nak buat bihun goreng macam yang mama buat ni?” anak saya tanya

Haaa ini jawapannya 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 paket bihun (bihun cap jasmine)
2) 350g daging lembut/batang pinang
3) 12 ulas bawang putih
4) 8 cili merah, buang biji
5) Cili padi
6) 1 mangkuk besar sayur sawi yang telah dipotong. Asingkan batang dan daun
7) Garam

Cara:

1) Bihun direndam dengan air panas mendidih selama 1 minit dan toskan. Kemudian siram dengan air dan toskan
2) Daging dihiris kecil dan nipis
3) Cili dan bawang putih ditumbuk/kisar sehingga hancur, jangan lumat
4) Tumis bahan yang ditumbuk/kisar sehingga masak dan bau harum
5) Masukkan daging dan kacau sehingga masak.
6) Masukkan batang sawi dan masak sehingga hampir lembut
7) Masukkan daun sawi dan garam secukup rasa, gaul sebati
8) Akhir sekali masukkan bihun. Kacau sehingga rata..

Advertisements

Meehoon Kerabu Goreng

Citarasa Kasih.

 

1448531794347

 

Bahan-bahan:

1) 1 paket meehoon yang telah direndam air dan toskan (Saya guna meehoon cap jasmine dimana saya rendam dengan air panas mendidih selama 1 minit dan toskan kemudian siram dengan air sejuk pula dan toskan)
2) 6 ulas bawang putih dicincang halus
3) Cili padi (terpulang pada citarasa pedas) dihiris nipis
4) 3 batang serai dihiris nipis dan dicincang
5) 1 kuntum besar bunga kantan (2 kecil) dihiris nipis dan dicincang
6) Segenggam daun kesum dihiris nipis
7) 3 helai daun limau purut. Urat tengah daun dibuang dan dimayang halus
8) 2 ikat ulam tenggek burung, 1 ikat daun gajus dan 1 ikat daun selasih dihiris (terpulang banyak mana nak letak)
9) 2 batang carrot dihiris macam mancis api
10) 12 ekor sotong sederhana besar. Dicuci dan dibuang kulit, potong kecil dan toskan.

Caranya:

1) Panaskan kuali dan masukkan sotong dan masak sekejap saja. Kemudian biarkan akan digunakan kemudian. Saya suka guna kuali non stick supaya tidak melekat.
2) Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
3) Masukkan bahan 4~7 dan masak sekejap sehingga semua bahan layu
4) Masukkan carrot, bila layu masukkan bahan 8 dan gaul sehingga rata
5) Masukkan sotong dan garam secukup rasa kacau sebati dan masukkan meehoon
6) Kacau sehingga rata dan masak.

Ok, selamat mencuba.

Sedap! 🙂