Broccoli & Leek soup

Pagi tadi masak Broccoli & Leek soup. Soup ini sedap di makan terutama dengan roti bakar ketika sarapan.

image
Leek & Broccoli

image
Leek dihiris nipis dan Broccoli disagat

image
Bahan lain yang di guna ialah mentega 5 tbsp, lada hitam dan sekotak santan kara tanpa kolesterol

image
Masak Leek dan Broccoli bersama mentega. Bila mentega dah cair, kacau hingga rata

image
Kemudian masukkan 2 3/4 mug air dan masak Leek & Broccoli hingga lembut.

image
Campurkan 3 tbsp tepung gandum + sedikit air dan kacau rata. kalau nak soup ini cair, kurangkan tepung

image
Masukkan santan kedalam mangkuk tepung dan kacau

image
Bila Broccoli dan Leek dah lembut barulah masukkan adunan santan. Bila dah mendidih, padamkan api. Masuk 3tbsp nutritional yeast, lada hitam dan garam secukup rasa serta kacau sehingga sebati. Saya suka masukkan nutritional yeast sebab ia berkhasiat dan juga menambahkan rasa sedap sup

image
Dah siap… saya suka tambah lagi 1/2 tsp nutritional yeast sebelum makan.

selamat mencuba 😀

Advertisements

Kerabu Tunas (sprouts)

Bila bijirin, biji dan kacang di cambahkan, kandungan zat yang terdapat didalam tunas sangat tinggi terutama kandungan enzim

image

image

image

 

Bila tunas di makan mentah, kandungan antioksidan dan enzim yang sangat tinggi memberi manfaat kepada kesihatan badan. Tunas sangat mudah di cernakan, mempunyai kadar serat, protein, vitamin dan mineral yang tinggi.

Kajian terkini menunjukkan bahawa tunas, disamping menjadi sumber nutrien yang hebat, juga mempunyai keupayaan penyembuhan yang sangat tinggi. Tunas juga mampu meningkat pembentukan dan ketumpatan tulang di samping mencegah osteoporosis, membantu mengawal hot flashes, menopaus, pms dan fibrocystic tumor payudara serta merangsang sistem imun

RESIPI KERABU TUNAS
Semalam saya hidangkan kerabu ni pada suami dan anak….berselera mereka berdua makan!!

image

 

 

image

Bahan-bahan:

  1. 1/2 pek tunas brokoli & alfalfa, cuci dan toskan
  2. 1/2 pek tunas alfalfa, cuci dan toskan
  3. Sengenggam daun selasih
  4. 1 biji bawang besar dihiris nipis
  5. 2 batang serai, ambil bahagian lembut dan hiris nipis
  6. 2 cili merah, buang biji dan hiris nipis
  7. 1 keping kecil ikan tenggiri bakar, ditumbuk atau kisar kasar
  8. 1 sudu besar kerisik
  9. 1 sudu besar madu
  10. 3 sudu besar cuka epal atau jus lemon secukup rasa
  11. 3 sudu besar santan pekat segar ( saya guna santan kotak jenama kara)
  12. Serbuk kasar lada hitam secukup rasa
  13. Garam secukup rasa

 

Cara:

Masukkan bahan 4 – 13 ke dalam mangkuk. Gaul dan ramas sehingga sebati

Kemudian masukkan tunas brokoli, tunas alfalfa dan daun selasih. Gaul sehingga rata

 

Kerabu ini kalau dibiar lama akan berair. Kalau suka kering, kurangkan santan