Petua Hitamkan Rambut

Bolehkah rambut beruban menjadi hitam dengan mengamalkan petua di bawah? Rasanya tidak rugi kalau mencubanya, manalah tahu….. 😉 image Dari keratan akhbar Berita Harian 26/3/14 Siapa yang dah try bolehlah bagi tahu saya berkesan ke tidak. 🙂

Halau Lalat

Macam-macam cara saya dengar dan baca petua orang “halau” lalat dan diantaranya ialah cucuk cengkih pada buah limau nipis atau lemon, masukkan cengkih ke dalam mangkuk air atau air perahan limau kasturi disapu pada tempat yang dihinggapi lalat.

Pagi ini bila saya baca surat khabar Berita Harian ternampak pula satu lagi petua untuk halau lalat. Menarik juga info ini dikongsi bersama..

Jom baca 🙂
image

Selamat mencuba.

Ikan Masin Kurau & Rempah Campur

Ikan masin kurau adalah favourite kami sekeluarga. Saya jarang masak ikan masin tapi sekali sekala tu bila dah masak memang makan nasi akan bertambah-tambah! Kadang-kadang tu saya suka juga masukkan sedikit ikan masin ke dalam salad atau sayur, sedap hehe…

Mari tengok masakan ikan masin kurau.. 😉

image

image

Bahan-bahan:

1) 10 ketul kecil ikan masin kurau
2) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 1 labu bawang besar dihiris nipis
4) 1 sudu teh rempah campur/halba campur
5) 5 tangkai daun kari diraut
6) Jus lemon

Cara masak:
1) Goreng ikan masin hingga masak dan toskan
2) Panaskan minyak (jangan guna minyak ikan masin) dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan dan kemudian masukkan rempah campur dan daun kari. Kemudian masukkan jus lemon secukup rasa.
3) Akhir sekali masukkan ikan masin ke dalam bahan rempah dan goreng sekejap.

Hmmm….saya suka bau masakan ini dan sedap dimakan dengan nasi putih panas, menyelerakan 🙂