Strok

Strok berlaku apabila bekalan darah  ke otak terputus, samada disebabkan oleh darah beku atau saluran darah pecah di dalam otak. Jika aliran darah berhenti selama beberapa waktu dan otak tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi maka sel-sel otak akan mati dan menyebabkan kerosakan yang kekal.

Sakit kepala boleh berlaku terutama jika strok adalah disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Simptom lain termasuk perubahan pada pendengaran, rasa, kekeliruan atau hilang ingatan, kesukaran menelan, kesukaran menulis atau membaca, Kehilangan keseimbangan, koordinasi, kelemahan otot di muka, lengan atau kaki, kebas atau kesemutan pada satu sisi badan, masalah penglihatan, bercakap, berjalan atau memahami orang bercakap dan perubahan pada emosi.

image

Faktor-faktor risiko strok adalah; tekanan darah tinggi, kencing manis, berat badan berlebihan atau obese, makan terlalu banyak lemak atau garam dan merokok.

Mendapatkan rawatan segera boleh menyelamat nyawa dan mengurangkan kecacatan.

Jom kita baca tentang herba-herba yang meningkatkan peredaran darah kerana herba-herba ini dapat membantu mencegah atau merawat strok. Strok juga dikategorikan penyakit peredaran darah..
Herba yang membantu mencegah strok adalah herba yang menyebabkan saluran darah membesar dan meningkat peredaran darah. Dalam buku “Prescription for Nutritional Healing”, penulis, Phyllis A. Balch menyatakan bahawa ekstrak biji anggur boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan risiko untuk penyakit jantung manakala hawthorn merangsang peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah. Jus delima boleh mengurangkan kerosakan saluran darah dan gingko meningkat peredaran darah.

Pokok ginko biloba
image

Hawthorn berry
image

Halia adalah salah satu herba yang paling mujarab merawat masalah sistem peredaran darah dan mencegah strok. Ia menggalakkan aliran darah ke seluruh badan serta mengurangkan kemungkinan pembekuan darah yang berbahaya. Menurut terapi herba, 1-1/2 g bawang putih mentah setiap hari bermanfaat untuk rawatan strok.

Memandangkan betapa dasyat keadaan strok, gaya hidup sihat adalah cara terbaik untuk mencegahnya…
walau apa pun sebelum mengambil herba-herba, dapatkanlah dulu nasihat doktor 🙂


Herbal Stroke Prevention

What are natural ways to prevent and reverse effect of a stroke

Khasiat gingko biloba

Di Malaysia terdapat banyak pokok Angsana ditepi jalan raya. Pokok ini besar, rendang dan boleh memberi perlindungan daripada pancaran matahari.

Tapi kalau di Korea dan di Jepun selain dari pokok sakura terdapat banyak pokok gingko biloba di tanam di tepi2 jalan. Sangat menarik dan bila saya lalui didepan pokok2 ini saya akan kadang2 berhenti seketika ‘ just to look at it’.

image

Pernah tak mengambil herba ini? Gingko biloba sering digunakan dalam perubatan tradisional kerana ia dikatakan mampu membantu merangsangkan dan meningkat aliran darah kepada kebanyakan tisu dan organ. Peredaran darah yang lancar adalah satu keperluan bagi setiap orang dalam usaha untuk badan berfungsi dengan baik.

image

Herba gingko biloba memang sangat terkenal. Sering digunakan untuk menguatkan memori, meningkat mood dan mengurangkan keletihan, melambatkan proses penuaan, penawar yang baik bagi mereka yang sukar untuk tidur. Dikatakan boleh mencegah arteri tersumbat dengan menghalang pembentukan plak, seterusnya melindungi dari mendapat penyakit jantung namun begitu bagi mereka yang mengambil pencair darah seperti warfarin atau coumadin, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ekstrak gingko biloba kerana ia juga bertindak sebagai ‘anti coagulant’.

image

image
Saya suka syorkan buku2 diatas untuk bacaan tambahan tentang herba-herba