Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak terputus, samada disebabkan oleh darah beku atau saluran darah pecah di dalam otak. Jika aliran darah berhenti selama beberapa waktu dan otak tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi maka sel-sel otak akan mati dan menyebabkan kerosakan yang kekal.
Sakit kepala boleh berlaku terutama jika strok adalah disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Simptom lain termasuk perubahan pada pendengaran, rasa, kekeliruan atau hilang ingatan, kesukaran menelan, kesukaran menulis atau membaca, Kehilangan keseimbangan, koordinasi, kelemahan otot di muka, lengan atau kaki, kebas atau kesemutan pada satu sisi badan, masalah penglihatan, bercakap, berjalan atau memahami orang bercakap dan perubahan pada emosi.
Faktor-faktor risiko strok adalah; tekanan darah tinggi, kencing manis, berat badan berlebihan atau obese, makan terlalu banyak lemak atau garam dan merokok.
Mendapatkan rawatan segera boleh menyelamat nyawa dan mengurangkan kecacatan.
Jom kita baca tentang herba-herba yang meningkatkan peredaran darah kerana herba-herba ini dapat membantu mencegah atau merawat strok. Strok juga dikategorikan penyakit peredaran darah..
Herba yang membantu mencegah strok adalah herba yang menyebabkan saluran darah membesar dan meningkat peredaran darah. Dalam buku “Prescription for Nutritional Healing”, penulis, Phyllis A. Balch menyatakan bahawa ekstrak biji anggur boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan risiko untuk penyakit jantung manakala hawthorn merangsang peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah. Jus delima boleh mengurangkan kerosakan saluran darah dan gingko meningkat peredaran darah.
Halia adalah salah satu herba yang paling mujarab merawat masalah sistem peredaran darah dan mencegah strok. Ia menggalakkan aliran darah ke seluruh badan serta mengurangkan kemungkinan pembekuan darah yang berbahaya. Menurut terapi herba, 1-1/2 g bawang putih mentah setiap hari bermanfaat untuk rawatan strok.
Memandangkan betapa dasyat keadaan strok, gaya hidup sihat adalah cara terbaik untuk mencegahnya…
walau apa pun sebelum mengambil herba-herba, dapatkanlah dulu nasihat doktor 🙂
What are natural ways to prevent and reverse effect of a stroke