Au revoir Bangkok

Penerbangan MH 781 membawa kami pulang dari Bangkok. Filght was delayed for 40 minutes dan kami tiba di rumah hampir 1 pagi, letih dan mengantuk.

5 hari 4 malam saya di Bangkok, percutian yang seronok bagi saya… walaupun suami adakala sibuk dengan mesyuaratnya.

Actually, kalau nak datang bercuti ke Bangkok, empat malam dah kira mencukupi. Kita boleh pergi banyak tempat dan boleh cuba pelbagai jenis makanan Thai dan juga Arab. Di sana nak cari makanan halal tidak ada masalah dan ramai juga orang Islam dari kalangan rakyat Thai.
Barang-barangnya pun tak lah mahal sangat. Rasanya lebih murah dari Kuala Lumpur.

So to me, Bangkok is a good place for a holiday.

DALAM PESAWAT.
image

image

HOME SWEET HOME..
Selepas bercuti, seronoknya berada di rumah. 😀

Jalan-Jalan Cari Makan: Makanan Thai

Tengah hari tadi kami jalan-jalan cari makan di Bangunan MBK Center. Ia juga dikenali sebagai Mahboongkrong yang merupakan shopping Mall besar di Bangkok. Mahboongkrong ini mengandungi lebih kurang 2,000 kedai dan restoran termasuk Tokyu department store. Ia popular dikalangan pelancong dan terletak berhampiran dengan Stadium National.
Stesen BTS terdekat adalah Stesen Stadium National.
Apabila kami berjalan di aras 5, kami ternampak sebuah restoran halal Thai. So we decided to have our lunch there. Orang kata kalau dah datang Bangkok ni, tak sah kalau tak makan tom yum, so we ordered tom yum seafood.

RESTORAN YANA
image

image

TOM YUM SEAFOOD
image

SAMBAL, ULAM & IKAN GORENG
image

KERABU MANGGA
image

Well, the food was delicious and the ambience was good. Jadi sekiranya anda berada di Bangkok, boleh lah ambil peluang berkunjung ke sini.

Jalan-Jalan Cari Makan: Bangkok

Di Bangkok kami menginap di Hotel Landmark, terletak di Sukhumvit Street yang berhampiran dengan BTS station – Nana. Saya rasa kawasan ini juga dikenali sebagai ‘Arab Street’, dan menjadi pusat komuniti Arab di Bangkok. Justeru, untuk mencari restoran makanan halal tidaklah sukar. Terdapat banyak restoran di sini terutama restoran Arab yang terkenal dengan masakan timur tengah.

Apabila berjalan atau bersiar di kawasan ini kita akan sering terserempak dengan ramai orang arab dan juga pelancong Eropah. Oleh itu taklah ada perasaan takut berjalan disini. Macam selamat je kawasan ni, insyaAllah. Walaupun begitu saya tidaklah berani berjalan seorang diri.

Jalanraya di kota Bangkok selalu sesak dan traffic jam. Kalau nak ke mana-mana destinasi, naik teksi nampaknya akan lamalah dok di atas jalanraya. So it is easier and faster by train. Jadi bagi pandangan saya, kalau datang ke Bangkok, adalah lebih baik cari hotel dekat dengan BTS station (Bangkok Mass Transit Station) atau MRT station (Bangkok Metro).

RESTORAN ARAB
image

image

MENU ARAB YANG PALING BESAR YANG PERNAH SAYA LIHAT. 🙂
image

MAKANAN ARAB: Roti Arab & Kebab
image

MAKANAN ARAB: Nasi Kambing Arab
image

Makanan Arab memang lazat. Balik nanti…diet!