Di Bangkok kami menginap di Hotel Landmark, terletak di Sukhumvit Street yang berhampiran dengan BTS station – Nana. Saya rasa kawasan ini juga dikenali sebagai ‘Arab Street’, dan menjadi pusat komuniti Arab di Bangkok. Justeru, untuk mencari restoran makanan halal tidaklah sukar. Terdapat banyak restoran di sini terutama restoran Arab yang terkenal dengan masakan timur tengah.
Apabila berjalan atau bersiar di kawasan ini kita akan sering terserempak dengan ramai orang arab dan juga pelancong Eropah. Oleh itu taklah ada perasaan takut berjalan disini. Macam selamat je kawasan ni, insyaAllah. Walaupun begitu saya tidaklah berani berjalan seorang diri.
Jalanraya di kota Bangkok selalu sesak dan traffic jam. Kalau nak ke mana-mana destinasi, naik teksi nampaknya akan lamalah dok di atas jalanraya. So it is easier and faster by train. Jadi bagi pandangan saya, kalau datang ke Bangkok, adalah lebih baik cari hotel dekat dengan BTS station (Bangkok Mass Transit Station) atau MRT station (Bangkok Metro).
MENU ARAB YANG PALING BESAR YANG PERNAH SAYA LIHAT. 🙂
MAKANAN ARAB: Roti Arab & Kebab
MAKANAN ARAB: Nasi Kambing Arab
Makanan Arab memang lazat. Balik nanti…diet!