Jenahak Kulit Limau

Salam semua.
Resipi iftar hari ini simple saja! tapi yang simple tu kadang-kadang sedap juga, kan? 😀

image

Bahan-bahan:

2 keping ikan jenahak di lumur sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan A:
1 labu bawang besar dipotong kiub kecil
3 ulas bawang putih dicincang
3 cili merah, buang biji dihiris menyerong
15 biji cili padi (terpulang citarasa pedas) dihiris nipis
4 batang serai dipotong dua dan diketuk
1 biji kulit buah limau purut dihiris halus (bagi mereka yang tidak suka rasa pahit kulit buah limau purut bolehlah gantikan dengan 6 helai daun limau purut yang dimayang halus)
1/2 cawan minyak

Cara:

Goreng ikan jenahak sehingga hampir garing. Toskan. Leraikan isi ikan sebesar ibu jari
Panaskan minyak dan goreng semua bahan A sehingga bawang kelihatan kuning keemasan.
Masukkan isi ikan dan goreng sehingga ikan garing
Kemudian tuang ikan dalam tapis dan toskan.

Selamat mencuba..

Jenahak Lemak Putih Purut

Di rumah saya ada sepokok limau purut yang sehingga kini belum berbuah. Dah lebih dari 5 tahun pokok ini ditanam. Namun begitu, saya sering petik daun-daunnya untuk di masukkan ke dalam masakan. Berjasalah juga pokok ini 🙂 Bagi saya, daun limau purut memang menyedapkan makanan. Tak percaya? Cuba try!

Lauk makan malam kami sekeluarga tadi…
image

Bahan-bahan:
1) 1 cawan air
2) 1 keping ikan jenahak
3) 2 labu bawang besar
4) 3 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang
5) 3 biji cili padi dihiris kasar
6) 3/4 kotak santan kara
7) 4 helai daun limau purut, dibuang bahagian keras dan dihiris halus
8) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Caranya:
1) Panaskan air dan masukkan bahan 2~5
2) Bila ikan dah masak masukkan santan.
3) Santan mendidih, masukkan daun limau purut, lada hitam dan garam. Kacau rata dan padam api.

Selamat mencuba.