Udang Kurau Goreng

Salam semua..
Tengahari ini saya kongsi resipi yang mudah dan simple untuk rakan-rakan mencuba.

Masakan udang kurau goreng ini ringkas dan senang saja. Lauk macam ni memang laku di rumah saya 😀 Sedapnya bila dimakan bersama nasi putih.
Selamat mencuba…

image

Bahan-bahan:

20 ekor udang saiz sederhana. Buang kepala dan urat hitam. Gaul sedikit garam
2 inci ikan masin kurau dihiris nipis dan kecil
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
5 tangkai cili kering dihiris dan buang biji
Cili padi dihiris nipis
7 helai daun limau purut dihiris nipis
Minyak

Cara:

1. Panaskan minyak. Masukkan ikan masin kurau, bawang putih, bawang besar, cili padi, cili kering dan daun limau purut dan goreng sehingga bawang sedikit garing.
2. Masukkan udang, besarkan api. Kacau sehingga udang masak

Advertisements

Masak lemak terung kurau

Salam semua

Nak masak apa untuk tengahari ini?
Saya, masak yang mudah-mudah saja seperti masak lemak yang senang untuk disediakan bagi melengkapkan hidangan.

Lauk simple macam ini pun boleh jadi kegemaran saya dan keluarga..makan dengan nasi panas dan diregukan pula dengan kicap cili, sungguh menyelerakan!

image

Bahan-bahan:
1) 200g ikan masin kurau dihiris kiub
2) 3 biji terung bulat dibelah 4 setiap satu dan dikukus sehingga lembut
3) 5 biji cili merah (dibuang biji) dan sedikit cili padi. Kisar/tumbuk, jangan lumat
4) 3 1/2 cawan air
5) 1 kotak kecil santan kotak. Saya guna jenama kara
6) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
7) Garam jika perlu

Cara:

1) Panaskan air dan masuk ikan masin
2) Bila ikan masin dan masak, masukkan semua bahan
3) Mendidih sekejap bolehlah padamkan api.

Resipi Hari Minggu

PORTOBELLO ASIN

Cendawan Portobello
image

Portobello Asin
image

Bahan-bahan:

1) 6 cendawan portobello dihiris sederhana besar
2) 4 ulas bawang putih dicincang halus
3) Ikan masin kurau (kalau suka letak banyak ikan masin mungkin tak perlu masukkan garam). Dihiris kecil
4) Cili merah dan cili padi ditumbuk/kisar (jangan terlalu lumat)

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan dan kemudian masukkan cili.
2) Masukkan cendawan dan besarkan api. Goreng sehingga hampir kering.

♥ it 🙂