Daging Jintan

Hari ni tiba-tiba terasa nak makan sesuatu yang baru. Jadi saya pun cubalah resipi ini yang saya reka sendiri. Alhamdulillah the dish turn out to be wonderful, I think so! 😀

image

image

Bahan-bahan:
1) 1/2 kilo daging batang pinang, dihiris lebar dan nipis
2) 1 1/2 sudu teh jintan manis dan 1 sudu teh jintan putih ditumbuk hancur
3) 1/2 sudu teh jintan manis ditabur semasa mengoreng daging
4) 7~8 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang
5) 3 sudu besar kicap dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Daging, jintan yang ditumbuk dan kicap digaul hingga sebati dan diperap selama 1 jam.
2) Panaskan 1 cawan minyak dan goreng daging seperti biasa. Kemudian masukkan bawang putih, biji jintan manis, garam secukup rasa dan goreng hingga masak. Tuang daging ke dalam penapis dan toskan.

Dah pun boleh dihidang.

Selamat mencuba.. 😉

Advertisements

khasiat Jintan Putih

Dikatakan jintan putih mempunyai ciri2 anti kanser yang kuat.

Herba tradisional ini mempunyai banyak kegunaannya.
Jintan putih didapati berkesan dalam merangsang kitaran haid dikalangan wanita. Ia juga digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkat sistem imun, menyahkan toksin, melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakan selera makan. Jintan putih mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan.

image

Pesakit anemia sering disyorkan untuk memasukkan jintan putih dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis.

Seperti dengan teh lain, teh jintan putih mudah disediakan. Di rebus dan harus dibiarkan beberapa minit sebelum diminum.
Sebagai tonik yang hebat untuk kesihatan badan.

image

image

Buku-buku ini saya gunakan sebagai sebahagian daripada rujukan.