Herba untuk mengawal paras gula darah

Pernahkah anda dengar orang berkata, walaupun kurang makan makanan manis tapi gula darah masih juga tinggi? Mengapa boleh jadi begitu?

Tidak dinafikan semua orang tahu makanan yang manis boleh meningkatkan paras gula darah, tapi apakah selain dari itu ? Karbohidrat? Ramai yang percaya bahawa makanan mengandungi tinggi karbohidrat adalah tidak sihat untuk badan dan harus dielakkan terutama bagi mereka yang cuba mengawal paras gula darah supaya ia tidak meningkat dengan mendadak…Hmm… ada juga kebenaran di situ tetapi sebenarnya terdapat pelbagai jenis karbohidrat dan setiap jenis mempunyai kesan yang berbeza pada badan kita. Tepung halus dan beras putih adalah contoh sebahagian daripada karbohidrat ringan (simple carbohydrate) yang mudah dicernakan serta bertukar menjadi glucose pada kadar yang cepat. Manakala karbohidrat kompleks (complex carbohydrate) seperti beras perang, oat dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan serat yang tinggi adalah makanan yang sangat baik untuk mengawal paras gula. Walaupun begitu bukan hanya apa yang di makan boleh menjejaskan kestabilan gula dalam darah, berapa banyak dan waktu bila, boleh juga menyebabkan kenaikan paras gula darah dalam badan seseorang…

Bolehkah herba mengawal paras gula?
Terdapat banyak jenis herba yang boleh merendahkan paras gula dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Ada 3 jenis herba yang mudah kita perolehi dan ia sangat berkesan bagi mengawal paras gula dalam darah, iaitu halba, kulit kayu manis dan juga kunyit

image
Herba-herba ini mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan dan menurun paras gula dalam darah adalah satu daripadanya.
Saya dapati perbagai cara di ambil. Ada yang cuma rendam dengan air panas atau masak diatas api yang Kecil selama 5~15 minit.

Halba 1~2 tsp + 1 cawan air

Kulit kayu manis 2~3 batang (yang kecil) + 1 cawan air

kalau nak ambil kunyit, rasanya lebih baik ambil dalam bentuk kapsul, supaya gigi tak jadi kuning. 😉

Saya suka mengambil dalam bentuk kapsul, senang nak telan 🙂

Adalah baik jika dapat memeriksa gula darah dengan lebih kerap ketika mengambil herba bagi memastikan keberkesanannya dalam mengawal paras gula dalam darah.

Habatussaudah, Biji Aprikot dan Royal Jelly.

Sejak saya campur Habatussaudah dengan Royal jelly dan biji Aprikot dengan Royal jelly, saya kini tiada masalah untuk makan kedua2 ini tiap2 hari.

image

Benar2 tak sangka rasa biji aprikot ni jadi sedap. Habatussaudah boleh le tahan, not that bad.
Pengalaman saya dan suami mengambil Royal jelly (Supreme Royal Jelly in clover honey). Kami catatkan kadar glucose dalam darah. Suami 5.4 dan saya 5.2

Kami ambil 1 sudu makan Royal jelly + 1 gelas air dan minum tiap2 pagi selama 2 bulan (makan seperti biasa). Dan bila ambil bacaan kadar glucose dalam darah, kami dapati bacaan kedua2 kami adalah sama iaitu 4.9

Kemudian kami buat keputusan untuk berhenti mengambil Royal jelly selama dua bulan pulak (makan seperti biasa) dan bacaan suami 5.2 dan saya 5.4 (apasal bacaan lama saya pergi pada suami dan suami punya datang pada saya…Hahaha…)
Bagi pendapat kami berdua, Royal jelly dapat menurunkan kadar glucose dalam darah kami. Banyak kajian membuktikan Royal jelly dan madu sangat baik untuk kesihatan badan.

Teringat saya pada surah AN NAHL ayat 69 yang bermaksud:
Kemudian makanlah dari tiap2(macam) buah2an dan tempuhlah jalan Tuhan mu yang telah dimudahkan (bagi mu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang2 yang memikirkan.