Kosmetik boleh menyebabkan kanser?

Tahukah anda bahawa paraben boleh menyebabkan kanser?

Saya ada membaca artikel yang mengatakan bahawa paraben yang digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam pelbagai kosmetik dan produk makanan mempunyai ciri-ciri estrogenik. Saintis telah lama mengetahui bahawa estrogen merupakan salah satu hormon yang boleh menyebabkan kanser payudara. Kini, penyelidik telah menemui hubungan langsung antara paraben dan kanser payudara. Satu kajian di dalam jurnal toksikologi, Mac 2012 mendedahkan paraben esters terdapat dalam 99% sampel tisu kanser payudara.

Ini membimbangkan kerana banyak barang kosmetik mengandungi paraben. Selalunya bila saya nak beli alat kosmetik, biasanya saya checklah juga label yang ditulis tu, tapi taklah faham sangat sebab kebanyakkannya nama-nama teknikal dan dipatenkan untuk variasi ramuan. Tak pernah tahu yang bahan-bahan seperti paraben ni boleh menyebabkan kanser

Penemuan ini adalah penting kerana kulit adalah organ yang terbesar yang boleh menyerap semua bahan yang diletakan padanya. Paraben yang paling biasa digunakan dalam produk kosmetik ialah methylparaben, propylparaben dan butylparaben. Paraben boleh didapati  dalam pelbagai produk pengguna seperti deodoran, syampu, losyen, kosmetik, ubat-ubatan dan aditif makanan. Oleh itu, cara terbaik untuk memastikan produk penjagaan badan tidak mengandungi paraben adalah dengan membaca label produk tersebut.

Lepas ni saya kena lebih berhati-hati dalam memilih kosmetik.

“Prevention is better than cure”

Rujukan:

99% breast cancer patients have parabens in their body

Vitamin D dan Kanser

Semalam terbaca satu artikel, hampir semua pesakit kanser payudara di dapati kekurangan vitamin D. Penyelidikan di India mendapati bahawa lebih daripada 95% pesakit kanser payudara kekurangan Vitamin D. Kajian itu disiar dalam jurnal India, Endokrinologi dan Metabolisme bulan Mei 2012

Kajian India tidak membayangkan bahawa kekurangan vitamin D menyebabkan kanser payudara, tetapi ia menunjukkan terdapat beberapa hubung kait antara tahap vitamin D dan kanser payudara. Penyelidikan baru ini ditambah dengan penyelidikan yang semakin meningkat menunjukkan vitamin D boleh
mencegah dan merawat pelbagai jenis kanser.

Penemuan baru-baru ini, bahawa dengan bantuan vitamin D, badan berkeupayaan melawan banyak penyakit kronik telah mendorong ramai penyelidik – terutama mengenai kemungkinan vitamin D dari cahaya matahari boleh menawarkan pencegahan dan penyembuhan penyakit seperti kanser.

Menurut sebuah institute kanser kebangsaan di negara Barat, 80% kes kanser boleh dielakkan. Pemakanan yang sihat dan seimbang seperti diet yang rendah gula halus (refined sugar) dan daging diproses serta tinggi pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan vitamin D boleh mencegah kanser. Kajian juga telah menunjukkan diet yang tinggi dalam produk haiwan dan tenusu yang mengandungi hormon dan lemak tepu boleh menyebabkan kanser payudara.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2011 ke atas 60,000 wanita selepas menopaus, didapati bahawa wanita dengan peningkatan paras vitamin D yang diperolehi melalui diet dan makanan tambahan, mengurangkan risiko kanser payudara. Peningkatan tahap vitamin D ini berlaku apabila wanita ini terdedah kepada cahaya matahari.
Dikatakan cara yang paling mudah untuk membantu badan mendapat vitamin D adalah dengan berjemur di bawah cahaya matahari selama 15 minit, 2 atau 3 kali seminggu.

Links:

Vitamin D and cancer-nine facts “they” wont tell you

Vitamin D-‘ Enormous potential to beat cancer’