Khasiat tomato

Apakah yang menarik tentang buah tomato?

image

Dikatakan pengambilan harian dengan hanya 1 gelas jus tomato sehari boleh menyediakan ransangan yang besar kepada kesihatan.

image
Saya suka maniskan minuman tomato dengan madu.

Tomato yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan boleh membantu meningkatkan sistem imun, melawan pelbagai penyakit termasuk kanser. Disamping memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, tomato juga baik untuk kesihatan mata,usus, kencing manis, darah tinggi, kulit, mencegah katarak, kedutan, bintik gelap, melewatkan proses penuaan dan jangkitan pada saluran kencing. Kandungan niasin (B3) dalam tomato boleh membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan mineral kalium pula boleh mencegah kekejangan otot.

Pigmen merah, lycopene yang terdapat dalam tomato bertindak sebagai antioksidan, meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Lycopene juga dikatakan boleh merencatkan sel-sel kanser.

Pakar pemakanan sering mengesyorkan pengambilan tomato di dalam diet bagi program pengurangan berat badan kerana tomato mengandungi rendah kalori, lemak dan tiada kolesterol. Tomato juga sering digunakan untuk tujuan penjagaan kulit. Ia dikatakan boleh mencerahkan kulit yang kusam, mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan sebagai astrigen dapat mengawal lebihan minyak. Penyerapan lycopene kedalam badan lebih efektif dengan pengambilan bersama minyak zaitun.

Dikatakan, pengambilan harian minyak zaitun dara dengan tomato boleh memperbaiki kehidupan seks sesetengah lelaki kerana ia dapat membantu meningkatkan aliran darah.

Ada berpendapat walaupun tomato segar mengandungi banyak lycopene, tetapi apabila dimasak kandungan lycopene akan meningkat kepada 4 kali ganda. Namun begitu kandungan enzim yang sangat bermanfaat untuk kesihatan yang terdapat di dalam tomato akan musnah setiapkali ia dimasak….