Kari Daging Kekacang

Resipi hari ini sesuai dihidang untuk sarapan pagi dan sedap dimakan dengan roti canai, capati atau pun roti naan.

Kekacang/Organic Soupmix
image

Kari Daging Kekacang
image

Bahan-bahan:

1) 100g kekacang/organic soupmix direndam semalaman
2) 150g daging batang pinang dihiris nipis dan 1 biji tomato dihiris kiub kecil
3) 3 tbsp penuh rempah kari daging
4) 5 biji ubi kentang sederhana besar dibelah empat setiap satu
5) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 3 ulas bawang putih dicincang
7) 3″ kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 4 kuntum bunga cengkih

Caranya:
1) Kekacang direbus dengan lima cawan sehingga hampir empuk
2) Masuk ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang dan kekacang empuk. Padam api
3) Panaskan kuali dan tumis bahan 5~7 sehingga bawang kekuningan
4) Rempah kari dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata
5) Masukkan rempah kari kedalam kuali dan masak sehingga terbit minyak
6) Kemudian masukkan rebusan kekacang dan kentang, daging dan tomato ke dalam kuali
7) Masak sehingga kuah pekat.
8) Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Selamat mencuba.

Bubur nasi kekacang

Bubur nasi kekacang ini sangat sesuai dihidangkan terutama pada anak-anak untuk sarapan sebelum ke sekolah kerana ia berkhasiat. Ia kaya dengan serat, zat protein, vitamin dan mineral.

image

image

image

Kimchi
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 cawan kekacang, direndam semalaman
2) 1/2 cawan beras
3) 3 batang serai diketuk-ketuk
4) 3″ halia di ketuk
5) 6 ulas bawang putih dibelah dua dan 2 batang carrot dipotong dadu
6) 2 ketul dada ayam
7) Daun bawang dipotong kecil, 2tbsp minyak zaitun, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Rebus kacang dan beras bersama 4 cawan sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api
2) Masukkan serai, halia, bawang putih, carrot dan dada ayam dan masak selama 1 jam
3) Dah masak tutup api dan masukkan minyak zaitun, garam dan lada hitam secukup rasa
4) Keluarkan ayam dan carik isi ayam halus-halus
5) Sebelum makan taburkan isi ayam dan daun bawang

Saya suka makan bubur ni bersama kimchi atau marmite. Sedap juga di makan begitu saja. 😀