Daging Kiwi

How about trying this new recipe for lunch? 😉

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk daging yang telah dihiris nipis
2) 8 kuntum bunga kantan, ambil cuma bahagian tengah yang lembut. Belah dua memanjang dan mayang nipis
3) 2″ halia muda dimayang nipis
4) 2 biji buah kiwi hijau, dipotong dadu.

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bunga kantan dan halia sehingga kekuningan
2) Masukkan daging dan buah kiwi dan masak sehingga kering. Akhir sekali, garam secukup rasa.

Ok, selamat mencuba. Hope you’ll like it!

Udang Kiwi Gold

Untuk penggemar buah kiwi, anda mungkin berminat dengan masakan udang kiwi gold ini.

1450618290243
Bahan-bahan:
1) 10 ekor udang cuci dan buang kepala dan urat hitam
2) 2 biji buah kiwi gold dibuang kulit dan potong kiub kecil
3) 1/2 biji tomato dipotong kiub kecil
4) 1/2 biji capsicum dipotong kiub sederhana besar
5) 2 pokok daun bawang dihiris
6) 3 ulas bawang putih dicincang
7) Cili kering dihiris dan serbuk kasar lada hitam
8) Garam

Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kering.
2) Kemudian masukkan buah kiwi, capsicum dan tomato. Kacau rata sehingga kiwi hampir hancur
3) Kemudian masukkan udang
4) Akhir sekali masukkan daun bawang, serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba. Hope you like it. 🙂

Selera Kasih

Jom cuba salad selera kasih, gabungan sayuran dengan buah kiwi gold yang membuat rasa salad lebih sedap.

image

Bahan-bahan:
1) 6 tangkai kacang panjang dicelur sekejap dan dipotong 1cm
2) 1 biji buah kiwi gold dicincang halus
3) 1 biji tomato dipotong kecil
4) 3 biji cili padi dihiris nipis
5) 1 biji timun di sagat. Bahagian tengah timun tidak diambil
6) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
7) 1 1/2 tbsp minyak zaitun & serbuk kasar lada hitam
8) Jus 1/2 biji lemon dan garam

Gaul semua bahan dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.