Som-som kiwi

Dah lama sungguh tak masak puding som-som. Bila tengok banyak buah kiwi dalam peti sejuk, tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan puding som-som kiwi. Selain sedap dimakan segar buah kiwi juga sedap dibuat jus. Ia boleh membantu pencernaan, mengelakkan pembekuan darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung dan seterusnya melindungi kesihatan kardiovaskular. Buah yang berkhasiat tetapi agak mahal… 😉

Bagi saya rasa yang sedikit masam membuat puding som-som ni rasa sedap.. 🙂

image

Bahan-bahannya:

1) 3 biji buah kiwi, dipotong kiub
2) 2 cawan air
3) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol
4) 4~5 sudu besar gula merah/kabung atau secukup rasa
5) 1 cawan tepung beras, campur sedikit air dan gaul hingga rata
6) garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1) Masukkan air, gula dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan. Bila santan dah mula mendidih masukkan buah kiwi dan tepung beras. Kacau perlahan sehingga masak.
2) Tuangkan adunan som-som kiwi ke dalam mangkuk kecil dan sejukkan.
3) Sebelum makan tuangkan sirap gula merah. Saya masak gula dengan air dan sedikit garam. Nak pekat air gula ni saya masukkan sedikit tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air…

Saya suka som-som kiwi dimakan sejuk.

Selamat mencuba… 😉

Eyebags

Pernahkah anda mendapati mata anda bengkak selepas bangun pagi dari tidur. Biasanya ia adalah manifestasi keletihan, kurang tidur, penyakit buah pinggang atau mungkin tanda-tanda penuaan.

image

Berikut adalah remedi yang boleh melegakan ‘eyebags’

1) Timun adalah sangat berkesan merawat ‘eyebags’ dan merehatkan mata. Pastikan timun disejukkan terlebih dahulu, potong nipis dan tekap keatas mata selama 15 minit.
2) Teh hijau atau chamomile:  Basahkan uncang teh dan sejukkan semalaman. Letakkan diatas mata selama 15 minit sejurus selepas melakukan rawatan timun.
3) Minum jus cranberry atau barli yang direbus selama sekurang-kurangnya 15 minit. Minum air rebusan ini berselang seli dengan air biasa sehingga bengkak mata hilang.
4) Memakan 2 biji buah kiwi bersama yogurt sehari boleh membantu menghilangkan eyebags
5) Rendam kapas dalam susu dan tekap ke atas mata beberapa minit. Lactic acid dalam susu boleh mengurangkan bengkak mata.
6) Minum air yang banyak kerana ia meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan toksin dari badan.
7) Kurangkan pengambilan garam kerana ia boleh menyebabkan mata dan seluruh badan bengkak air. Kurangkan garam akan ada perbezaan, insyaAllah.

Untuk informasi kita bersama, bengkak air boleh menjadi salah satu simptom penyakit buah pinggang, kegagalan hati atau pun lemah jantung maka dapatkanlah nasihat pakar…