CRP dan Penyakit Kardiovascular

C-Reactive Protein (CRP) adalah sejenis protein yang terdapat di dalam darah, yang dihasilkan oleh organ hati dan sering digunakan sebagai penanda aras terhadap sebarang jenis keradangan (inflammation) yang berlaku. Ia juga menyumbang kepada masalah pada saluran darah denganĀ  menggalakkan pembentukan plak pada dinding arteri.

Paras CRP akan menjadi tinggi jika berlaku inflamasi akibat jangkitan kuman atau kecederaan pada badan. Sekiranya paras CRP tinggi untuk tempoh yang lama, maka ia adalah petanda bahawa satu proses inflamasi kronik telah terjadi. Arterosklerosis adalah penyakit yang menyebabkan keradangan yang kronik, apabila lemak berkumpul di dinding arteri menjadi keras, menyebabkan berlakunya penyempitan dan penyumbatan serius terhadap salur darah koronari jantung dan menyukarkan pengaliran darah. Ini meningkatkan paras CRP yang memberi risiko yang sangat tinggi kepada penyakit kardiovaskular.

Ramai yang percaya bahawa peningkatan LDL menentukan risiko penyakit jantung, namun pada masa yang sama kini dikatakan seseorang itu boleh juga mendapat serangan jantung atau strok walaupun mempunyai kadar kolesterol yang normal, tetapi memiliki paras CRP yang tinggi di dalam darahnya.

Dikatakan punca yang menyebabkan paras C-reactive protein (CRP) tinggi adalah kesan radang daripada penyakit kronik, penuaan, merokok, insomnia dan kemurungan. Jangkitan bakteria pada gusi boleh juga menyebabkan bakteria memasuki aliran darah dan di katakan ini mencetus hati untuk menghasilkan CRP.

Dikatakan mereka yang mempunyai paras CRP yang lebih tinggi juga didapati menghidap kencing manis, darah tinggi, paras HDL rendah dan mempunyai paras triglyceride ( sejenis lemak dalam darah) yang tinggi serta berat badan yang berlebihan. Kumpulan pesakit ini berisiko tinggi mendapat penyakit jantung sekiranya tidak mendapat rawatan atau dikawal secara optimum.

Perubahan positif terhadap kadar CRP boleh berlaku dengan pengurangan pengambilan diet tinggi lemak, protein dan karbohidrat serta dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, minyak ikan, koko, Vitamin C, bijirin dan diet yang tinggi dengan kandungan serat.

image

image
Kalau ada kelapangan masa, bacalah buku2 diatas. Banyak maklumat yang sangat berfaedah untuk kita….

Sakit atau Stress?

Mengapa sukar bernafas
Mengapa badan rasa letih
Mengapa sakit kepala
Mengapa sukar tidur
Mengapa mudah marah
Mengapa kitaran haid tidak teratur
Mengapa tekanan darah tinggi
Mengapa ketagihan makanan manis
Mengapa ketagihan kafein
Mengapa perut ulser
Mengapa pengurangan dalam tahap testoteron pada lelaki
Mengapa rambut gugur
Mengapa degupan jantung kencang

Sebab banyak memikir
Sebab sering rungsing
Sebab memandu dalam trafik
Sebab hilang pekerjaan
Sebab masalah hutang
Sebab masalah kewangan
Sebab masalah anak2
Sebab masalah dengan isteri
Sebab masalah dengan suami
Sebab tekanan di tempat kerja
Sebab memikul tugas yang besar

Bila minda dan badan sentiasa dalam tekanan yang berlebihan, seorang individu itu akan menghadapi masalah kesihatan yang serius. Tekanan yang kronik tidak harus di pandang ringan atau diterima sebagai sebahagian dari kehidupan kerana ia akan menggangu keseimbangan semulajadi pada tubuh.

Benarkan sering dalam stress akan mengundang penyakit?

Setujukah jika dikatakan sering berfikiran negatif boleh meragut kebahagian? Mampu kah mengecapi kebahagian jika tidak bijak mengawal emosi?

Rehatlah badan, carilah ketenangan dan ubahlah gaya hidup. Terdapat pelbagai teknik pengurusan stress yang boleh membantu, lebih baik dan penting daripada ubat2 yang diambil yang kadang2 akan memberi kesan sampingan yang lebih memudharatkan lagi kesihatan badan dan minda.

image
Akar valerian sangat baik bagi orang yang menghadapi stress kerana ia meredakan badan, memberi ketenangan dan melegakan perasaan bimbang. Herba ini mempunyai ciri2 tranquilizing ringan dan memberi kesan yang lembut terhadap badan.

image
Kava kava adalah herba yang sangat popular bagi merawat keresahan dan insomnia. Ia bertindak sebagai sedatif. Pilihan yang lebih kuat jika akar valerian tidak berkesan.

Ketenangan hati dan kedamaian hidup yang abadi moga milik kita semua hingga ke hujung hayat……