Terung pipit di gunakan secara meluas untuk masakan dan perubatan.
Dalam perubatan Ayurveda, terung pipit sering digunakan bagi meningkat sistem imun, mengurangkan haba didalam badan dan juga sebagai tonik yang sangat baik untuk hati.
Terung pipit juga di gunakan untuk rawatan mukus, kahak dan batuk. Sering juga di gunakan bagi menguatkan saraf mata. Dikatakan baik untuk rawatan ulser mulut dan perut.
(terdapat terung pipit yang di proses untuk di jadikan teh dengan mengeluarkan alkaloid, yang memberi rasa pahit)
Terung pipit tidak mempunyai kafein, boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, mengawal diabetes, lemak dan kolesterol, merendahkan tekanan darah, merawat asma, kembung perut dan kecacingan.
Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah dan melegakan sakit perut.
Ramai orang berkata, rajin makan ulam, badan akan menjadi sihat dan awet muda, setuju ke? 🙂
Sy makn juga terung pipit tapi dgn sambal! mak kata kanak2 dulu buat terung pipit sebagai peluru senapang hehehe
Buat teh? Tak prnah trlintas..air rebusan terong pipit boleh buat teh..selama ni buang je..
assalamualaikum..
saya pernah dengar mak cik cakap, terung pipit boleh kurangkan jerawat disamping mengecilkan bekas jerawat.. betul tak fakta ni? saya teringin nak tahu..
Waalaikumussalam..
Saya minta maaf kerana lewat response pada pertanyaan dari Suziela kerana saya baru saja pulang dari bercuti.
Minum air rebusan terung pipit untuk mencuci darah mungkin juga berkesan kurangkan jerawat, inshaaAllah. Samaada ia boleh atau tidak mengecilkan bekas jerawat tu saya tak tahu..