Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Agaknya ketika ini ramai yang tengah sibuk buat biskut raya..
Tanpa kita sedari, ramadan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Ramai dah mula sibuk membuat persiapan menyambut shawal, nampaknya saya pun begitu juga kerana raya mesti diraikan!
Tahun ini saya dan keluarga akan sambut Aidil Fitri di Kuala Lumpur bersama ibu mertua, inshaaAllah.
Anyway, resipi yang ingin dikongsikan hari ini ialah singgang tenggiri dan sambal bilis. Seperti biasa, masakan yang ringkas dan simple untuk iftar. Hidangan yang wajib disediakan setiap kali di bulan puasa 🙂
SINGGANG TENGGIRI
Bahan-bahan:
1) 2 keping ikan tenggiri
2) 3 cawan air
3) 8 keping asam gelugor (terpulang pada citarasa masam)
4) 4 ulas bawang putih dibelah dua
5) 7 tangkai cili kering dihiris. (kalau suka pedas ketuk beberapa cili padi)
6) 2 inci lengkuas dihiris
7) Garam secukup rasa
Cara:
1) Masuk semua bahan dan masak sehingga mendidih
2) Kecilkan api dan reneh selama 15 minit.
SAMBAL BILIS
Bahan-bahan:
1) 1 labu bawang bombay dihiris
2) 10 biji cili padi
3) 5 biji cili hijau dibelah dua dan buang biji
4) 1/2 genggam ikan bilis
5) 1 sudu teh pati ikan bilis maggi/knorr
6) Garam
Cara:
1) Panaskan minyak dan goreng bahan 1~4 sehingga layu. Toskan
2) Kisar/tumbuk sehingga hancur (jangan lumat).
3) Kemudian masukkan pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
Selamat menjamu selera 😀