Harga vs Kualiti

Setiap kali saya berbelanja di supermarket, saya dapati harga barang semakin meningkat. Kalau dulu, tiga ratus ringgit dapat barang hampir penuh trolley, sekarang ni mungkin dapat lebih separuh trolley je. Kadang-kadang tu terfikirlah juga, biarrr betullll atau cashier yang tersilap? Selalu jugalah saya semak resit sebab rasa macam tak percaya, tapi tak ada salah pun.
Maknanya harga barang sekarang ni memang dah naik tanpa kita sedari. Kalau sedar pun tak boleh buat apa-apa! 🙂

Antara barang yang saya selalu beli dan stock di rumah ialah kuih muih frozen seperti kuih koci, karipap, cucur badak dan murtabak. Bila tetamu datang mengejut tak payah susah-susah, goreng/kukus je. Sebelum ni kuih-kuih ni memang sedap sehinggakan ramai yang bertanya beli dimana. Tapi sekarang ni saya dapati kualiti kuih-kuih ni macam dah berkuranglah. Inti kelapa kuih koci dah tak lemak, ada masa rasa macam hampas kelapa. Murtabak daging pula, dagingnya rasa tasteless!

Pelikkan? Sepatutnya bila harga naik, kualiti dipelihara.

Sebenarnya saya tak kisah kalau barang mahal tapi productnya bagus. Yang buat ramai tak puas hati tu, bila barang yang dibeli dahlah mahal tapi kualiti tak seberapa. Contohnya kita tak kisah berbelanja lebih sikit untuk makan best-best sekali sekala. Tapi yang kita geram tu, bila kita bayar mahal-mahal, makanan tu tak fresh atau basi pulak ish..ish..isk sabar je lah

Betul tak? 😀