Sup Herba dan buah Pear

Sup herba ini sangat mudah dimasak. Bila 6 cawan air dah menggelegak masukkan semua bahan dan masak diatas api yang kecil selama 1 jam 30 minit.

image
White fungus, kurma merah, goji dan halia kering

image
Buah pear

image
Buah pear dipotong kiub dan white fungus direndam terlebih dahulu, bila dah kembang, hiris kecil.

image
Satu sudu makan oats dicampur dengan bahan diatas.

Sup herba ini sebagai tonik untuk badan sesuai diminum ketika cuaca terasa sangat panas. Khasiat halia, goji dan kurma merah telah ditulis di dalam entri sebelum ini. Buah pear cina menambah rasa dan oleh kerana saya cuma masukkan sebiji je, jadi manis tu kurang dirasai pada sup ini. Buah pear mengandungi vit A,B1, B2, C, E, asid folik dan niasin. Ia juga kaya dengan zat mineral. Jus buah ini dikatakan boleh mencegah tekanan darah tinggi dan strok, Mengatasi kahak, meningkat sistem imun, merawat sakit tekak, dapat menurun suhu panas pada badan ketika demam dan juga jus pear boleh menambah tenaga dengan segera.

image
Kalau suka manis masukkan madu sebab sup herba ini sememangnya sangat kurang manisnya. 🙂

Soup Herba (B)

Soup herba biasanya direbus lama sehingga 3 jam. Saya? 1 1/2 jam je.

image

2 ketul halia, 6 biji kurma merah, 1 1/2 sudu makan goji dan 3 inci kulit kayu manis.

Saya gunakan tulang dada ayam. Semua  bahan2 saya rebus bersama 8 cawan air selama 1 1/2 jam. Kemudian saya masukkan 1/2 sudu teh marmite dan garam secukup rasa.

Dalam entri sebelum ini saya pernah tulis khasiat goji, halia dan kulit kayu manis, kini saya akan catatkan khasiat kurma merah untuk kesihatan. Kurma merah kaya dengan potassium, phosphorus, calcium, manganese, sodium, zinc, iron, vitamin A, B1, B2 dan C, mampu menurun tekanan darah tinggi. Bagi perubatan cina, kurma merah digunakan sebagai tonik untuk limpa dan perut.

Bagi saya soup herba sebagai tonik yang menyegarkan badan.