Labu Butternut goreng

Pagi Ahad biasanya kami sarapan agak lewat. Baki labu butternut saya goreng dan makan cicah dengan madu. Sedap? Saya ni bila suami dan anak kata sedap, kalau ketika itu mood malas datang bertandang, boleh hilang serta merta…hahaha…

image

image
labu butternut di salut dengan adunan tepung beras

image

image
Makan labu butternut goreng dan minum 1/2 cawan nescafe (nak kurangkan kafein). Dah bertenaga dan seperti biasa kena le kemas rumah!!

Labu butternut

Pukul 9 malam tadi masak labu butternut. Lewat masak? Tu le, tiba2 rasa nak makan, asalnya rancang nak masak esok. Oleh kerana resepi ni mudah sangat,  saya pun terus ke dapur….panaskan oven pada suhu 200°C

image

Saya masak 1/2 labu. (dah lewat malam, kalau masak semua nanti tak habis pulak). Tengok pada gambar ni macam buah betik kan? labu butternut ni dilahirkan di Australia, harga mahal dari labu biasa. Rasa? bagi saya lain sikit, mungkin tekstur lebih halus.

image
Panas 3 sudu makan butter + 3 sudu makan madu + garam + lada hitam (bagi saya tabur banyak lada hitam lagi sedap) dan gaul bagi sebati
image

Masukkan labu yang dipotong kiub (1 1/4 inci) kacau bagi rata dan bakar selama 40 minit. Sekali sekala balik2 kan

image
Hmm….dah pun masak, nampak enak! kata suami rasa sedap!

Resipi ni sedap juga dimasak dengan pisang tanduk