Pukul 9 malam tadi masak labu butternut. Lewat masak? Tu le, tiba2 rasa nak makan, asalnya rancang nak masak esok. Oleh kerana resepi ni mudah sangat, saya pun terus ke dapur….panaskan oven pada suhu 200°C
Saya masak 1/2 labu. (dah lewat malam, kalau masak semua nanti tak habis pulak). Tengok pada gambar ni macam buah betik kan? labu butternut ni dilahirkan di Australia, harga mahal dari labu biasa. Rasa? bagi saya lain sikit, mungkin tekstur lebih halus.
Panas 3 sudu makan butter + 3 sudu makan madu + garam + lada hitam (bagi saya tabur banyak lada hitam lagi sedap) dan gaul bagi sebati
Masukkan labu yang dipotong kiub (1 1/4 inci) kacau bagi rata dan bakar selama 40 minit. Sekali sekala balik2 kan
Hmm….dah pun masak, nampak enak! kata suami rasa sedap!
Sy sgt suka labu especially yg texture halus. Masalah besar ttg labu ni, kulitnya terlalu keras..susah nk kupas. Puan, labu butternut ni kulitnya mcmana?
kulit labu butternut sama seperti kulit labu biasa.
Puan, di mana boleh beli butternut ni ye?
Saya beli labu butternut di supermarket Pavilion.
Salam Puan, boleh ke kalau saya beri buah ni pada anak yg berusia 6 bulan?
Saya tak tahu boleh ke bayi 6 bulan makan labu tapi kalau bayi saya, hmmm..saya tak beri sebab setengah orang dewasa pun ada yang tak boleh makan labu. Ada orang, bila makan labu badan angin dan sakit urat. Wallahua’lam
Yelah kan .. sama kategori dgn labu. Apa agaknya makanan organik yg elok diberi utk awal pemakanan bayi?
Hmm… dah berpuluh tahun tak ada baby, hahaha… susah juga nak fikir makanan organik yang sesuai untuk bayi usia 6 bulan 😀 Well how about mash banana? buah epal dan pear, pureekan?
salam. labu butternut ni boleh tak kita gantikan dengan labu biasa? 2. dish ni kita makan gitu jer ye? dia basah ke kering?
Boleh dgn labu biasa. Makan gitu saja sesuai di hidang waktu minum petang
berap panas suhu oven kita gunakan untuk membakar labu atau pisang nie..harap bertahu, nak mencuba! terima kasih..
Suhu oven 200 C dan untuk pisang kurangkan sikit ~ 180 C . Selamat mencuba Ross. 🙂