Khasiat kelp

image
(Rumpai laut ini terdapat juga dalam bentuk serbuk dan kepingan kering. Boleh dimasukkan dalam masakan sup, menambah rasa)

Kelp, sejenis rumpai laut, dianggap makanan super kerana mengandungi lebih daripada 60 vitamin, mineral dan unsur surih (trace elements). Ia juga sumber semulajadi yang paling kaya dengan zat iodin, penting untuk fungsi kelenjar tiroid, di perlukan untuk perkembangan dan metabolisme badan dan melindungi keracunan radiasi juga meningkat sistem imun dan hormon wanita serta boleh membantu mengawal berat badan. Kekurangan iodin akan menyebabkan goiter atau pembengkakan tiroid.

Kandungan tinggi kalsium, magnesium dan lain2 mineral memberi kesan positif terhadap kesihatan tulang dan otot. Kelp mempunyai sifat pelindung kanser kerana kandungan lignans nya tinggi. Klorofil didalam kelp merangsang pengeluaran sel darah merah, justeru meningkat kadar oksigen didalam darah.

Kelp dikatakan sebagai penawar untuk sakit kepala, sembelit, ulser, goiter, kekurangan tenaga, buah pinggang, hati serta membantu menyahkan toksik. Kelp juga mampu bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Kerana rasa semulajadi masin, ramai orang menggunakannya sebagai pengganti garam. Dikatakan kelp telah terbukti menjadi salah satu makanan yang sempurna namun begitu pengambilan yang berlebihan akan memberi gangguan kepada fungsi tiroid, cirit birit dan bagi sesetengah orang mungkin alergi kepada kelp boleh menyebabkan sukar bernafas, gatal pada kulit, bengkak bibir dan lidah dan melajukan degupan jantung ….jadi pastikan tidak overdose!!