image
(Rumpai laut ini terdapat juga dalam bentuk serbuk dan kepingan kering. Boleh dimasukkan dalam masakan sup, menambah rasa)

Kelp, sejenis rumpai laut, dianggap makanan super kerana mengandungi lebih daripada 60 vitamin, mineral dan unsur surih (trace elements). Ia juga sumber semulajadi yang paling kaya dengan zat iodin, penting untuk fungsi kelenjar tiroid, di perlukan untuk perkembangan dan metabolisme badan dan melindungi keracunan radiasi juga meningkat sistem imun dan hormon wanita serta boleh membantu mengawal berat badan. Kekurangan iodin akan menyebabkan goiter atau pembengkakan tiroid.

Kandungan tinggi kalsium, magnesium dan lain2 mineral memberi kesan positif terhadap kesihatan tulang dan otot. Kelp mempunyai sifat pelindung kanser kerana kandungan lignans nya tinggi. Klorofil didalam kelp merangsang pengeluaran sel darah merah, justeru meningkat kadar oksigen didalam darah.

Kelp dikatakan sebagai penawar untuk sakit kepala, sembelit, ulser, goiter, kekurangan tenaga, buah pinggang, hati serta membantu menyahkan toksik. Kelp juga mampu bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Kerana rasa semulajadi masin, ramai orang menggunakannya sebagai pengganti garam. Dikatakan kelp telah terbukti menjadi salah satu makanan yang sempurna namun begitu pengambilan yang berlebihan akan memberi gangguan kepada fungsi tiroid, cirit birit dan bagi sesetengah orang mungkin alergi kepada kelp boleh menyebabkan sukar bernafas, gatal pada kulit, bengkak bibir dan lidah dan melajukan degupan jantung ….jadi pastikan tidak overdose!!

Advertisements

2 thoughts on “Khasiat kelp

  1. Kelp yg ada di dapur sy, jenis kering dn bila rendam membesar sgt lebar tapi tak spt puan britahu, sikit pun tak masin…biar btoi sy makan kelp selama ni πŸ™‚

  2. Oh ye lupa nak britahu puan, sy tak tanya jurujual..sy cuma agak yg daun2 tu kelp sbb nmpak serupa dlm ‘national geography’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s