Udang Masak Kicap Kering

Assalam dan selamat malam pada anda semua.

Untuk dinner hari ini saya masak simple-simple je.. 😀

Bahan-bahan:

5 ekor udang besar
10 ulas bawang putih di ketuk
10 tangkai cili kering pedas dihiris dan buang biji
1/2 sudu teh serbuk kasar kada hitam
Kicap manis cap kipas
Kicap masin cap kipas
2/3 cawan minyak.

Cara:

1. Buang urat hitam udang, basuh dan toskan
2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga separa masak. Angkat
3. Guna minyak udang dan tumis bawang putih sehingga perang.
4. Masukkan cili kering dan goreng sehingga cili kelihatan garing
5. Masukkan kicap manis dan masin secukup rasa.
6. Taburkan serbuk kasar lada hitam dan kacau rata.
7. Masukkan udang. Masak sehingga kuah hampir kering. Kacau selalu supaya kicap tidak hangit.

Saya tidak masukkan garam kerana masin dari kicap sudah mencukupi.

Daging Masak Kicap

As salam..
Malam ini saya kongsi resipi daging masak kicap je 🙂

image

Bahan-bahan:

350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
15 ulas bawang merah dihiris nipis
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering dihiris
Cili padi diketuk
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
2 sudu besar minyak sapi
Sedikit kicap manis cap kipas
Kicap masin cap kipas secukup rasa
Minyak

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan minyak sapi
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili kering. Goreng sehingga bawang kelihatan sedikit garing.
3. Masukkan daging. Kacau rata dan sehingga masak
4. Masukkan kicap secukup rasa.
Akhir sekali masukkan serbuk kasar lada hitam

Daging Kicap Lawang

Assalamualaikum..
Resipi hari ini untuk dicuba…

image

Bahan-bahan:

1) 350g daging batang pinang dihiris nipis
2) 2 labu bawang besar dihiris kasar
3) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) 2 batang serai dihiris serong
5) 10 tangkai cili kering, dihiris
6) 2 kuntum bunga lawang ditumbuk lumat
7) 1 sudu besar kicap lemak masin
8) Garam secukup rasa
9) Minyak untuk menumis

Cara:

1) Panaskan secukup minyak, tumis bawang besar, serai dan bawang putih sehingga bawang putih kekuningan.
2) Masukkan cili kering dan bunga lawang, kacau rata dan masak sehingga terbit bau
3) Masukkan daging dan goreng sehingga daging masak
4) Akhir sekali masukkan kicap dan garam secukup rasa.