Daging Kicap & Daun Limau Purut

Aroma daun limau purut sangat menyegarkan dan harum. Walaupun daun ini tidak dimakan namun ia sering digunakan sebagai perisa makanan selain mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.

Semalam saya masak daging kicap, menu kesukaan anak. Buat pertama kali, saya masukkan daun limau purut untuk memberi kelainan pada rasa. Kata anak saya, “sedaplah mama.” 😉

Bagi mereka yang suka pada bau dan rasa daun limau purut, bolehlah try resipi simple ini.

image

Bahan-bahan:
1) 200g daging lembut (batang pinang) dihiris nipis
2) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) 2 labu bawang besar. Tiap satu dibelah empat
4) 7 tangkai cili kering dihiris & buang biji
5) 4~5 helai daun limau purut dihiris
6) Kicap lemak manis dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga bawang putih kekuningan dan kemudian masukkan cili kering
2) Masukkan daging dan daun limau purut dan goreng sehingga air daging hampir kering
3) Akhir masukkan kicap dan garam secukup rasa

♡ makan panas-panas dengan nasi putih 🙂

Ngarku Daging Kicap

Resipi hari ini. 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 4 biji ubi ngarku dibuang kulit dan dihiris
2) 1 mangkuk kecil daging batang pinang dihiris
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
4) 8 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
5) 2 biji tomato. Setiap satu dibelah 6
6) Kicap dan serbuk lada putih.
7) Garam jika perlu

Caranya:

1) Goreng ngarku hingga masak dan kekuningan. Toskan
2) Tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang kekuningan
3) Kemudian masukkan daging dan goreng sehingga masak.
4) Masukkan tomato dan masak sekejap.
5) Masukkan ngarku dan kacau rata.
6) Besarkan api, masukkan kicap dan serbuk lada putih dan goreng sehingga daging kelihatan kering.

Selamat menjamu selera.