Sayur Campur Masak Lemak

Assalamualaikum

Sayur campur masak lemak adalah antara hidangan iftar yang saya sajikan pada keluarga semalam…

image

Bahan-bahan:

1 mangkuk kecil ulam pegaga, akar dibuang
4 batang kacang panjang dipotong menyerong
2 keping (kecil) tempe dipotong kiub kecil
1 biji tomato dipotong kiub kecil
1 labu bawang besar dihiris kasar
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1/2 sudu teh serbuk ikan bilis
2 tangkai cili kering dihiris dan buang biji
1 cawan air
1/3 cawan santan kotak jenama kara
Garam secukup rasa.

Cara:

1) Didih 1 cawan air dan masukkan tempe. Masak selama 1 minit.
2) Masukkan semua bahan kecuali santan dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pegaga menjadi lembut.
3) Akhir masukkan santan dan garam secukup rasa. Sayur mendidih bolehlah padam api.

Advertisements

Kerabu Sotong

Assalamualaikum.
Apa khabar? Hari ni dah genap 2 minggu kita berpuasa.. cepatkan masa berlalu? Rasa macam baru saja kita mula berpuasa dan tak lama lagi kita akan menyambut Aidil Fitri pula. Tentu ada diantara kita dah mula sibuk membuat persiapan Raya.. saya pun tak terkecuali 😀

Anyway, hari ni plan nak masak apa untuk iftar? Semalam saya buat kerabu sotong sebagai satu juadah pembuka selera….

Jom tengok resipi.

image

Bahan-bahan:

4 kacang botor
3 kacang panjang
8 ekor sotong, dibuang kulit
4 ulas bawang merah dihiris nipis
4 helai daun muda limau purut, dibuang urat dan dihiris nipis
2 batang serai yang segar
5 biji cili padi (terpulang)
Jus 1/2 biji lemon (terpulang)
Garam secukup rasa

Cara:

1) Kacang botor dan kacang panjang dicelur sekejap dan kemudian segera rendam dengan air paip supaya suhu panas sayur yang dicelur turun mendadak.
2) Kacang botor dihiris nipis dan kacang panjang juga dipotong kecil
3) Sotong dicelur sekejap dan dihiris
4) Tumbuk serai dan cili padi sehingga lumat
5) Masukkan bahan yang ditumbuk, kacang botor, kacang panjang, sotong, bawang merah, garam, daun limau purut dan jus lemon ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.
6) Biarkan 30 minit sebelum dihidang

Nasi Saderi

Assalamualaikum

Nasi Saderi ini sesuai disajikan untuk berbuka puasa. Masaknya mudah dan simple serta enak dimakan dengan pelbagai jenis masakan lauk pauk daging ataupun ayam.

Jom cuba
image

Bahan-bahan:
3 pot (450g) beras basmati
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
6 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
4 cm halia dihiris halus
1/2 cawan susu sejat (Ideal Milk)
Air secukupnya
1 pokok saderi (besar) dipotong 5cm
Garam secukup rasa

Cara:

1) Cuci beras dan toskan. Masukkan ke dalam rice cooker
2) Panaskan minyak sapi dahulu dan masukkan mentega. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih dan bawang merah sehingga bawang kekuningan
3) Masukkan susu sejat dan air secukupnya dan masak sehingga mendidih
4) Masukkan daun saderi dan garam. Kacau rata dan kemudian tuang ke dalam rice cooker. Setelah masak, gemburkan nasi.