Ulam Raja Kesum Lemak Berkicap

Salam semua.
Adakah anda suka makan ulam raja? Ulam raja kalau dimakan dengan sambal belacan atau sambal tempoyak tentu enak sekali, lebih-lebih lagi bila makan bersama nasi panas. Jika ada pula ikan bakar atau ikan goreng.. sungguh menyelerakan.

Selain dimakan sebagai ulam, ulam raja juga boleh dibuat urap atau digoreng. Namun begitu ulam raja perlu dimasak sehingga lembut, kalau tidak ia akan menjadi liat dan rasanya nanti kurang sedap.

Jom masak.. 🙂

image

1) 1/2 mangkuk besar ulam raja yang telah dihiris. Batang keras dibuang
2) 1/3 mangkuk kecil daun kesum
3) 6 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 2~3 tbsp kicap lemak manis cap tamin
5) Cili padi dihiris nipis
6) 1/2 cawan air
7) 1/2 kotak kecil santan kara
8) Serbuk lada putih
9) Garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan air dalam periuk dan masukkan ulam raja
2) Bila ulam raja lembut, masukkan cili padi, bawang merah, daun kesum, santan dan kicap.
3) Mendidih saja, padam api
4) Akhir masukkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata

Khasiat: Ulam raja dikatakan herba untuk mencuci darah, tonik otot dan menguatkan tulang.

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Sayuran
Khasiat makanan dan ubatan

Enzymes (enzim)

Bila saya baca buku2 mengenai enzymes, saya dapati ia sangat menarik. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi bila kita faham akan fungsi enzymes terhadap kesihatan badan kita.

Enzymes (enzim) bertindak dengan cara tertentu di dalam badan. Ia boleh menghadamkan makanan, mengurangkan atau menghapuskan senak dan kembung perut, menyahkan toksin, mencuci darah, menguatkan sistem imun, membina protein ke dalam otot, menghapuskan karbon dioksida dari paru2, mengurangkan tekanan pada pankreas dan lain2 organ.

Orang yang pertama mengkaji tentang manfaat enzymes terhadap kesihatan badan adalah Dr. Edward Howell pada tahun 1930 an. Ia mengatakan bahawa kualiti kehidupan dan tahap tenaga bergantung kepada enzymes. Jika rendah kandungan enzymes dalam badan maka anda akan mempunyai masalah kesihatan.
Terdapat dua cara untuk menambah tahap enzymes di dalam badan; dengan memakan makanan mentah atau dengan mengambil suplemen enzymes

image

image

image

image

Badan kita mampu mengelak atau menyembuh dari penyakit dengan sendiri sekiranya di beri nutrien yang betul..

Saya dapati ilmu yang terkandung dalam buku ini sangat berguna. Kalau ada kelapangan masa bagus jugak meluangkan waktu mentelaah buku2 ini.