Dong Quai

Beribu-ribu tahun, di Negara China dan Asia, akar Dong Quai atau dikenali juga sebagai Chinese Angelica telah digunakan untuk mengekalkan kesihatan wanita. Malah, ia mendapat nama samaran sebagai “ginseng wanita”.

Dong Quai mempunyai keupayaan untuk mengimbangi hormon wanita, iaitu mengurangkan paras estrogen jika terlalu tinggi dan boleh meningkatkannya jika terlalu rendah. Ia juga membantu membina darah dan biasanya digunakan dalam perubatan cina sebagai tonik darah.
Dong Quai mengawal kitaran haid dan mengurangkan gejala PMS. Ia juga mengembangkan saluran darah dan menggalakkan aliran haid yang sihat. Dong Quai juga adalah herba untuk menopaus kerana ia boleh membantu melegakan hot flashes dan gejala-gejala menopaus yang lain.

Disamping itu Dong Quai juga digunakan sebagai tonik untuk kardio, pernafasan dan hati. Ia boleh merawat masalah pencernaan dan ganggun penafasan. Selain itu ia juga meningkatkan kesihatan sistem imun, sistem kardiovaskular, fungsi hati dan fungsi buah pinggang.

Bagi wanita yang hamil, tidak digalakkan mengambil herba dong quai dan juga sekiranya mengambil sebarang ubat, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil herba ini.

AKAR DONG QUAI
image

Masa terbaik untuk mengambil herba adalah 30 minit sebelum makan.
Cara penyediaan:
1) Reneh 1 menimbun sudu teh (1 heaped tsp) dong quai kering di dalam 1 cawan air selama 20 minit.
2) Dos: 1/2 cawan 3 kali sehari.

Hmmm.. penawar untuk wanita 🙂

Rujukan:
Barthram’s Encyclopedia of Herbal Medicine

Herbal Remedies, Andrew Chevallier

Herbal Tonic Therapies, Daniel B. Mowrey, Ph.d

Khasiat Fennel Bulb

Sayur fennel bulb ini mengandungi phytoestrogens yang bermanfaat dalam mengurangkan gejala menopaus. Herbalists biasanya mengunakan sayur ini untuk merawat gangguan pencernaan, melegakan kekejangan usus, melegakan gas berlebihan dan sakit perut.

Merebus fennel bulb dan menyedut wap boleh memberi kelegaan untuk mereka yang menghidap asma dan bronchitis. Ia juga berkeupayaan menyekat selera makan.

image

Sayur fennel bulb ini diambil sebagai penyegar nafas, membantu penghadaman dan membantu mengeluarkan kahak dari paru-paru. Ia kaya nutrien, termasuk vitamin C, folat, kalsium, magnesium, fitonutrien dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan, meningkat sistem imum dan juga membantu mencegah kanser.

image

Sup fennel bulb

Selamat mencuba 😉

Mendepani Cabaran Menopaus

Teringat pada perbualan saya dengan seorang teman pada satu waktu dahuluuu…

“You dah ke menopaus”? Tiba-tiba dia ajukan soalan itu kepada saya? Terkejut saya dengan pertanyaan itu!!
Dan dengan penuh kehairanan saya jawab, “belum”.
“I dah menopaus”, katanya.
“Eh tak mungkin, kitakan sebaya dan umur belum lagi cecah 40, takkan you dah menopaus!”
“I think I ikut my mum la, dia pun menopaus sebelum umur 40 tahun” , katanya lagi.

Teman saya melalui saat yang sukar ketika menghadapi pra menopaus dan menopaus.Setelah mendengar segala pengalaman yang dilaluinya, perasaan dan semangat ingin tahu dengan lebih mendalam serta memahami topik ini timbul dalam diri saya. Bagi saya persediaan dan tindakan perlu diambil, manalah tahu jika saya ditakdirkan melalui keadaan sepertinya…

Jadi bila ada kelapangan masa, saya akan duduk berjam-jam di kedai buku, belek buku itu, belek buku ini, letak buku itu, ambil buku ini dan akhirnya saya beli buku- buku seperti yang di bawah.

image
Saya rasa buku ini baik untuk wanita yang tidak berpuas hati dengan jawapan dan penyelesaian yang dicadangkan oleh perubatan konvensional kepada masalah
yang amat nyata mengganggu kehidupan kebanyakan wanita.

Apakah pra menopaus? Bagaimanakah kita boleh tahu samaada kita mengalaminya?

Pra menopaus adalah apabila ovari berubah dan kurang mampu untuk menghasilkan estrogen dan progesteron, dan badan mula bertindak balas. Perubahan pada hormon pula memberi kesan kepada emosi dan badan.

Tanda2 pra menopaus boleh berlaku beberapa tahun sebelum menopaus, yang merupakan pemberhentian akhir kitaran haid. Kebanyakan wanita dapat rasakan tanda-tanda pra menopaus. Walaupun ini berbeza dikalangan wanita, terdapat juga sesetengah wanita tidak lansung mengalami simptom pra menopaus.
Mengetahui gejala-gejala pra menopaus, wanita boleh bersedia untuk menghadapi perubahan dalam kehidupan.

Diantara gejala pra menopaus ialah
1. Perubahan pada kitaran haid. Kitaran haid boleh menjadi pendek atau lebih panjang, haid tidak teratur. Perubahan yang paling biasa adalah kitaran haid yang lebih pendek.
2. ” Hot flashes”. Badan sering rasa panas dan peluh pada malam hari.
3. Insomnia atau gangguan tidur
4. Sakit kepala secara tiba2 atau migrain
5. Perubahan mood dan emosi, kemurungan, keresahan dan jantung berdebar-debar
6. Penambahan berat badan tanpa sebab
7. Keletihan, Kesakitan dan kekakuan pada sendi.

image

Bagi pandangan saya, buku di atas ini juga sangat baik dibaca. Dr. John R.Lee mengulas tentang menopaus dan rawatan semulajadi dan apakah yang dikatakan ketidakseimbangan hormon itu, bagaimana ia berlaku, kesan kesihatan dan bagaimana untuk membetulkannya….. Dr Lee menyediakan maklumat yang menunjukkan bahawa gejala-gejala yang dikaitkan dengan menopaus kebanyakannya TIDAK disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen, sebaliknya disebabkan dominasi estrogen kerana tidak cukup hormon progesteron…..

Saya rasa buku-buku di bawah ini juga bagus untuk dibaca, terutama bagi mereka yang berminat dalam “herbs and natural therapies”

image

image

image

image

image

image

Beberapa herba seperti passion flower, black cohosh, ashwagandha boleh memberi sokongan semulajadi dan keseimbangan kepada hormon. Pengambilan vitamin dan mineral serta diet seimbang membantu menyediakan nutrien yang dikatakan faktor yang sangat penting bagi menangani gejala pra menopaus…..