Minyak masak

Kita menggunakan minyak masak setiap hari. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam penggunaan minyak masak terhadap kesihatan kita. Minyak menjadi sumber tenaga dan membantu penyerapan vitamin kepada tubuh badan kita. Keburukan? Bila diambil secara berlebihan akan menyebabkan obesiti yang menyumbang kepada masalah jantung.

image

Minyak sawit mengandungi asid lemak tepu yang tinggi jadi bila digunakan pada suhu yang panas, struktur minyak lebih stabil. Ada kajian menunjukkan asid palmitic dalam minyak sawit neutral terhadap paras kolesterol. Apabila minyak di ulang guna, tahap kelikatan hidrokarbon dalam minyak akan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Minyak sayuran seperti zaitun, kacang soya, bijan, bunga matahari, kanola dan jagung mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ini menjadikan minyak ini sesuai untuk masakan tumis yang sekejap sahaja kerana minyak ini dikatakan tidak sesuai pada suhu yang sangat panas seperti mengoreng (deep fry) , yang akan menyebabkan ia mengeluarkan bahan toksik yang boleh meningkatkan paras kolesterol dalam badan.

Cari penyakit.

Benarkah cara kita menggunakan minyak masak boleh memudharatkan kesihatan badan? Berapa kali agaknya kita ulang guna minyak yang dah digunakan. Bagaimana dengan warna, dah berubah? Ada yang mengatakan selagi tak jadi hitam pekat, selagi itu di gunakan. Alasan, sayang le nak buang, masih lagi ok, tak mahu membazir. You tahu tak minyak sekarang dah mahal?? Hmm.. Takkan saya tak tahu pulak harga minyak! Inilah jawapan yang sering saya dengar. Saya rasa banyak barang2 keperluan dapur lain lagi mahal dari minyak masak tapi kenapa le kita susah sangat nak buang minyak yang diguna berulang kali.

Minyak masak yang diulang guna walaupun kelihatan masih lagi cerah boleh memudharatkan jantung kita. Boleh dapat sakit jantung? ye ke? Banyak faktor yang menyumbang ke arah itu, salah satu nya, ya!
Pernah tak anda dengar kata2, ” di restoran2 dan digerai2, you ingat mereka tu tak ulang guna minyak masak ke?”

Bagi saya, apa yang dilakukan direstoran dan digerai adalah diluar kawalan kita, tapi di dapur kita, kita lah yang menentukan.

Sayangi lah jantung kita…….