Alfalfa dan buah2an

Bulan Ramadhan semakin hampir, nak kena biasakan perut kurangkan makan. Tengah hari ini rasanya tak nak makan nasi. Hmm….makan sayur dan buah2an. ๐Ÿ˜€

image

1 biji avocado dilenyek +2 sudu makan minyak zaitun + 1 sudu makan cuka epal + 1/2 sudu makan royal jelly dan sedikit garam + 2 sudu makan mayonnaise. Digaul semua bagi sebati dan biar sekejap(Bahan A)

1 biji epal, 1pear cina, 1/2 zucchini dan 1 tomato dipotong kiub dan segenggam alfalfa. Masukkan kedalam Bahan A dan gaul bagi rata.

Makan makanan berkhasiat dan jalan naik bukit, hmm… garenti boleh kurus dan sihat. Tidak perlu pergi gim bayar beribu ribu ringgit untuk kelihatan lansing! hehe

Khasiat minyak zaitun.

Saya suka mengambil minyak zaitun. Tapi oleh kerana mengambilnya setiap pagi semasa sarapan, akhirnya timbul rasa jemu dan muak. Saya tukar pula kepada minyak biji anggur. ๐Ÿ˜€

image

Ternyata kelebihan minyak ini dapat menurunkan kadar kolesterol ldl dan meningkat hdl.

image
Sangat menarik isi kandungan buku ini.

Pengalaman seorang teman yang mengalami kebas pada tangan, katanya rasa kebas ditangannya hilang apabila dia mengambil minyak zaitun pada waktu pagi dan malam; 5~6 tbsp sehari . Ramai juga kawan saya yang mengalami kebas terutamaย  ketika bangun tidur diwaktu pagi. Bolehlah cuba, mungkin dapat menyelesaikan masalah kebas-kebas.

Minyak zaitun menguatkan akar rambut tetapi kenalah rajin minyakkan rambut dan menyihatkan badan. Terdapat setengah penduduk di negara barat mengambil minyak zaitun sebagai tonik. Ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, mengawal proses penghadaman dan berkesan untuk ulser. Mengikut kajian yang dijalankan dinegara barat, minyak zaitun dapat mencegah dari mendapat kanser payu dara, menghalang pembentukan kanser kolon dan boleh membantu pesakit gastrik.

Ada yang mengatakan ambil minyak zaitun boleh menaikkan berat badan. Mungkin juga ya. Tapi bagi saya tidaklah pula. Dikatakan, sering gosok minyak zaitun pada kulit boleh melembut dan menghaluskan kulit. Bolehlah dicuba…. untuk awet muda! Mana tahu mungkin boleh hilangkan ‘ wrinkles ‘ . ๐Ÿ˜‰