Sup cendawan maitake

Petang tadi masak sup cendawan maitake. Resipi ni sangat simple dan mudah.

image
Basuh maitake + 6 cawan air dan rebus selama 1 jam 30 minit di atas api yang kecil. Pastikan periuk ditutup. Bila dah masak padamkan api.

image
Kemudian masukkan liquid aminos dan lada hitam secukup rasa + 3tbsp minyak zaitun

image
Maitake dihiris nipis, masukkan ke dalam sup dan masak semula untuk 5 minit lagi.

image
Sup maitake kini sudah tersedia. Nak tahu rasa macam mana? Cubalah resipi ini…. 😀

Kalau nak rasanya macam ‘french onion soup’, keluarkan cendawan maitake dan masukkan bawang besar yang dipotong kiub. Masak sehingga bawang lembut. Sedap dimakan bersama french loaf!!

Ramadan yang di tunggu

Tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut Ramadan. Cepat betul rasanya masa berlalu. Sekarang dah pun bulan tujuh, pejam celik pejam celik tup tup bulan dua belas. Kalau panjang umur tambah lagi usia.

Harap2 bulan puasa ni badan sihat dan bertenaga. Pada usia sebegini kena berusaha jaga kesihatan terutama di bulan ramadan, sebab bila dah sakit tak boleh puasa. Rugi kalau tak boleh puasa di bulan ramadan!!

Pada bulan puasa kita disunatkan bersahur. Ada ketika bila bangun sahur tak ada selera nak makan. Saya bila terjadi macam tu, biasanya akan ambil minyak zaitun sebanyak 2 atau 3 sudu makan dan ini benar2 dapat melegakan perut dan akan terasa kurang lapar semasa berpuasa, InsyaAllah.

Bila tiba waktu nak berbuka, kita kena berhati2….. Tak elok minum air banyak semasa buka puasa atau makan bersulam air sebab tak baik untuk perut. Dikatakan bila air terlalu banyak didalam perut bercampur dengan makanan, akan menggangu proses penghadaman kerana enzim yang dikhas kan untuk menghadam makanan telah menjadi cair dan kurang efektif sebab itu kadang2 kita akan merasa sebu, kembung dan senak perut.
Sebaik2nya minum sebelum makan atau lama selepas makan baru minum ( saya dengar, ini petua awet muda dan cara mencegah perut buncit!!). Bila nak berbuka puasa, letak le air dekat sebelah pinggan nasi, bukan apa takut tengah makan, nanti tercekik pulak, boleh kelam kabut dibuatnya!!

Sunat buka puasa dengan kurma dan kalau le rajin, sebelum nak berbuka buatlah jus tembikai. Saya baca jus tembikai bagus untuk detox buah pinggang. Lepas detox tunggu le sekejap, baru makan….

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘ Selamat menyambut ramadan, semoga ibadah didalam bulan yang mulia ini, kita dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda, di redhai Allah swt di dunia dan akhirat.’ SALAM UNTUK SEMUA.

Minyak Zaitun untuk bakal ibu.

Beberapa hari yang lalu, seorang pembaca blog saya, minta saya tuliskan satu petua yang ingin dia kongsikan bersama terutama kepada bakal ibu. Katanya inilah amalan yang sering dia lakukan bila dia disahkan mengandung oleh doktor.

Ramai wanita mendapat “stretch mark” dibahagian perut, malahan ada juga yang mendapat dibahagian dada dan betis. Bagi mencegah dari berlaku, kata pembaca blog saya, dia amalkan hari2 mengosok minyak zaitun keatas kulit perutnya dari awal mengandung hingga kehampir nak bersalin. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Tidak terjadi “stretch marks” keatas kulit perutnya.

Bagaimana pula dengan “stretch mark” yang dah jadi? Rasanya tak mungkin boleh dibaikpulihkan lagi seperti asal 😦