Cendawan Eryngii

Terdapat banyak jenis cendawan tapi bagi saya cendawan eryngii yang paling sedap. Eryngii ini sesuai di masak dengan pelbagai cara dan saya suka kalau masukkan ia ke dalam masakan tomyam, sup atau stim bersama ikan. Kalau kita goreng cendawan eryngii pun menyelerakan juga, tapi tahu sajalah bila banyak sangat makan makanan bergoreng ni, nanti datang masalah kesihatan pula, 😦

Anyway, jom baca apa kelebihan cendawan erynggi ni.

Cendawan Eryngii juga dikenali sebagai king oyster atau king trumpet mushroom, sering digunakan untuk manfaat perubatan dan kesihatan. Cendawan ini menjadi popular melalui perubatan cina. Ia mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan sebatian ‘ergothioneine’ yang melindungi sel-sel dan meningkatkan sistem imun.
Cendawan eryngii secara umum adalah sangat kaya nutrien, boleh membantu meningkatkan kesihatan vaskular,mengurangkan paras kolesterol LDL dan risiko kanser.

Richard Sullivan, seorang ahli Division of Cancer Studies menulis dalam artikelnya bertajuk Medicinal Mushroom bahawa pelbagai spesis pleurotus, seperti eryngii mungkin dikaitkan dengan aktivti anti kanser serta kesan positif terhadap sistem imun, anti virus, antibiotik dan anti radang. Ini mungkin disebabkan oleh beta-glucans iaitu sebatian aktif utama yang ditemui di dalam eryngii.

Saya tak pernah jumpa cendawan yang lebih besar dari cendawan ini. Yang bestnya kita boleh makan banyak sebab ia rendah kalori dan lemak. Bukan tu saja, ia kaya dengan serat dan tidak ada kolesterol. So no need to worry about gaining weight. 😀
image

SUP JENAHAK & ERYNGII
image
Okay lah, sekarang saya nak kongsi resipi sup ikan jenahak dengan cendawan erynggi yang saya masak baru-baru ini.

Bahan-bahan:

1) 1 keping ikan jenahak
2) 2 cendawan erynggi dihiris
3) Segenggam daun ketumbar dengan akar
4) 1 biji tomato dibelah 4
5) 1 labu bawang besar dibelah 4
6) 4 ulas bawang putih diketuk
7) Lada hitam, cili padi diketuk dan garam secukup rasa
8) Jus lemon.

Didihkan 2 1/2 cawan air dan masukkan semua bahan 1~7 sehingga masak. Tutup api baru masukkan jus lemon secukup rasa.

Selamat menjamu selera. 😉

The Health Benefits Of King Oyster Mushrooms.

Mushroom Soup 2

Baru je selesai masak mushroom soup. Lagi??
hahaha…
Favourite suami dan anak….. 🙂

image
Menarik sungguh mushroom ni!!

image
Pilih mushroom yang segar agar soup rasa enak

image
Bahan yang diguna adalah butter, lada hitam, tepung gandum, santan kotak kara tanpa kolesterol dan nutritional yeast

image
Bila butter dah cair, gaul sehingga rata

image
Bila mushroom dah masak, masukkan 31/2 tbsp tepung gandum. Mushroom ni keluarkan banyak air, jadi kenalah lebih kan tepung. Gaul hingga sebati kemudian masukkan 2 cawan air dan masak hingga mendidih dan kemudian masukkan 1 kotak santan. Kacau rata hingga santan masak. Akhir sekali masuk 1 tbsp nutritional yeast, lada hitam dan garam secukup rasa.

image
Inilah hasilnya. Hmm….rasa best bila masak sendiri!

Mushroom Soup 1

Pagi tadi masak mushroom soup untuk sarapan. My mum and sis like this mushroom soup so much. 😉 Selepas minum pagi mereka pun bertolak pulang ke Alor Setar…..

image
1 mangkuk cendawan butang segar

image
(semasa masak mushroom soup 1, saya lupa nak rakam gambar bahan2 di atas, jadi saya ambil gambar ini dari resipi mushroom soup 2)

image
Cendawan dihiris kecil dan panaskan bersama mentega. Bila mentega dah cair, kacau hingga cendawan masak selama 2 minit.

image
Masukkan 3 tbsp tepung gandum dan kacau hingga sebati + 2 cawan air. Dah mendidih, masukkan 1 kotak santan kara tanpa kolesterol. Boleh juga guna susu, tapi bagi saya santan lagi sedap dan creamy. Kacau hingga mendidih dan tutup api. Masuk 1 tbsp nutritional yeast, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.

image
Sesuai dihidang untuk sarapan dan ‘supper’