Khasiat Pear & Pajeri Pear

Makan pear boleh menyumbang kepada kesihatan kolon. The world’s healthiest Foods melaporkan bahawa vitamin antioksidan dalam pear boleh melindungi anda terhadap kerosakan kolon yang boleh membawa kepada kanser.

Pear juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Serat yang terkandung dalam pear boleh merendahkan kolesterol. Ia juga rendah kalori dan rendah lemak, dapat membantu menurunkan berat badan.. 🙂

Kalau selalu masak pajeri nenas atau pajeri terung, apakata kali ini cuba pula pajeri pear?

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 2 biji pear. Dikupas dan dipotong sederhana besar
2) 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 2 sudu besar ikan bilis. Dikisar
3) 5 sudu besar rempah kari ikan. Saya guna jenama Adabi
4) 2″ halia dimayang.
5) 2 sudu besar gula merah
6) 3″ kulit kayu manis.
7) 1 kotak santan kara atau 1 cawan santan segar pekat.
8) 2 sudu besar kerisik dan 1 keping asam gelugur
9) 1/2 cawan air dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

1) Tumis bahan yang dikisar, halia dan kulit kayu manis hingga kekuningan.
2) Kemudian masukkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air dan masak di atas api yang kecil hingga terbit minyak. Kacau selalu.
3) Masukkan buah pear dan 1/2 cawan air, kacau hingga rata. Bila dah mendidih masukkan santan, asam gelugur dan kerisik dan masak di atas api yang kecil hingga kuah menjadi pekat.

Sesuai dihidang bersama ikan perkasam atau ikan masin ..
Mungkin ada yang tertanya-tanya sedap ke pajeri pear ini?
Bagi saya sedap tapi citarasa masing-masing mungkin berbeza 🙂

What are the benefits of Asian Pear.

Pear Oats Bakar

Resipi ini simple dan sesuai untuk sarapan. Kandungan serat yang tinggi, sesuai dihidangkan kepada anak-anak.

image
Suka pear jenis ini sebab sangat manis. Resipi ini tak perlukan gula..

image
Pear di belah dua.

image
Butter beku, jadi saya potong je..

image

image

image

Panaskan oven 200°C
Bahan-bahan:

1) 1biji pear yg besar di buang kulit
2) 1 mangkuk kecil oats + 2 tbsp tepung gandum
3) 3 tbsp butter ( saya suka lebihkan sikit)
4) 3 tbsp madu
5) Secubit garam

Buah pear di potong seperti dalam gambar. Masukkan butter dan pear ke dalam periuk dan masak diatas api yang kecil. Tutup periuk. Bila buah dah layu masukkan oats dan gandum serta garam. Kacau bagi sebati. Tutup api dan masukkan 3 tbsp madu. Gaul mesra. Bakar selama 25 minit.
Ooops jangan lupa minyakkan bekas sebelum masukkan adunan.

Selamat mencuba dan diharapkan ramai yang suka masakan ini…

Jus Durian Belanda dan Pear

Baki durian belanda saya kisar dengan buah pear pula kali ni.

image
Selama ni tak pernah kisar buah belanda dengan buah buahan lain. Rupanya sedap bila di campur, bukan itu saja yang penting ia berkhasiat dan baik untuk kesihatan badan

image
Saya kisar kedua2 buah ni dengan 1 mug air. Minuman ni padat dengan serat, vitamin dan mineral.

image

Sebelum minum saya masukkan 1 tbsp madu, 1 tbsp minyak zaitun dan tabur lada hitam. Bagi saya sedap bila masukkan lada hitam. Hmm… bestnya rasa minuman ni! Hari ni banyak betul minum jus buah. … 🙂