Makan pear boleh menyumbang kepada kesihatan kolon. The world’s healthiest Foods melaporkan bahawa vitamin antioksidan dalam pear boleh melindungi anda terhadap kerosakan kolon yang boleh membawa kepada kanser.

Pear juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Serat yang terkandung dalam pear boleh merendahkan kolesterol. Ia juga rendah kalori dan rendah lemak, dapat membantu menurunkan berat badan.. πŸ™‚

Kalau selalu masak pajeri nenas atau pajeri terung, apakata kali ini cuba pula pajeri pear?

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 2 biji pear. Dikupas dan dipotong sederhana besar
2) 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 2 sudu besar ikan bilis. Dikisar
3) 5 sudu besar rempah kari ikan. Saya guna jenama Adabi
4) 2″ halia dimayang.
5) 2 sudu besar gula merah
6) 3″ kulit kayu manis.
7) 1 kotak santan kara atau 1 cawan santan segar pekat.
8) 2 sudu besar kerisik dan 1 keping asam gelugur
9) 1/2 cawan air dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

1) Tumis bahan yang dikisar, halia dan kulit kayu manis hingga kekuningan.
2) Kemudian masukkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air dan masak di atas api yang kecil hingga terbit minyak. Kacau selalu.
3) Masukkan buah pear dan 1/2 cawan air, kacau hingga rata. Bila dah mendidih masukkan santan, asam gelugur dan kerisik dan masak di atas api yang kecil hingga kuah menjadi pekat.

Sesuai dihidang bersama ikan perkasam atau ikan masin ..
Mungkin ada yang tertanya-tanya sedap ke pajeri pear ini?
Bagi saya sedap tapi citarasa masing-masing mungkin berbeza πŸ™‚

What are the benefits of Asian Pear.

2 thoughts on “Khasiat Pear & Pajeri Pear

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s