Pagi ini jom baca tentang herba Pecah Beling. Ada juga orang panggil herba ini Pecah Kaca. Pokok ini mudah ditanam. Daun pecah beling yang kasar dan kesat ini mempunyai kandungan vitamin, mineral dan antioksidan yang sangat tinggi.
Menurut kajian, ekstrak air pecah beling mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia dan AIDS. Ia juga dikatakan mampu membunuh sel kanser tanpa kesan sampingan atau keradangan.
Fitosterol dalam pecah beling mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus dan ini menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. (Fitosterol merupakan sterol yang terdapat di dalam tanaman dan mempunyai struktur yang mirip dengan kolesterol. Fungsi fitosterol ialah menurunkan kadar kolesterol di dalam darah dan mencegah penyakit jantung. Ia sangat bermanfaat bagi kesihatan manusia).
Daun ini telah digunakan secara traditional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ada berpendapat herba ini juga boleh merawat tekanan darah tinggi dan mencuci buah pinggang.
Daun pecah beling boleh dikeringkan dan dijadikan sebagai minuman teh herba. Saya pernah cuba, rasanya ok.. 🙂
