Udang Berserai

SELERA KASIH 🙂

Udang Berserai pembuka selera.

1448543654970

 

Bahan-bahan:
1) 20 ekor udang segar sederhana besar, buang kulit dan bersihkan
2) Cili merah & cili padi dikisar/tumbuk kasar. Banyak, terpulang pada citarasa pedas
3) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 1 biji tomato dihiris kiub
5) 4 helai daun muda limau purut, buang bahagian keras dan mayang halus dan dicincang.
6) 3 batang serai, ambil bahagian lembut, dihiris nipis dan dicincang
7) Jus lemon. Banyak, terpulang pada citarasa masam
8) 2 sudu besar minyak zaitun & garam secukup rasa.

Cara:

1) Masukkan udang ke dalam periuk. Masak sekejap di atas api yang kecil. Kemudian biarkan sejuk
2) Masukkan bahan 2~8 ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
3) Akhir sekali masukkan udang & air udang ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Selamat menjamu selera.

Koktel Salad Udang

Koktel salad udang sedap dimakan sejuk dan sesuai sebagai pembuka selera.

1448544419877

 

 

 

Bahan-bahan:

1) 8 ekor udang besar dibersihkan tanpa dibuang kulit, direbus dengan sedikit air sehingga masak. Kemudian buang kulit udang dan hiris
2) 1/2 mangkuk besar daun ketumbar yang telah dihiris
3) 1 biji tomato dihiris nipis
4) 1/2 labu bawang besar dihiris kiub kecil
5) Cili padi dihiris nipis
6) Jus 1 biji lemon
7) 2 sudu besar minyak zaitun
8) 3 sudu besar air rebusan udang
9) Garam

Cara:
1) Gaul semua bahan dan masukkan kedalam balang kaca.
2) Biarkan dalam peti sejuk selama 3~4 jam.

Ok, selamat mencuba.

Acar Ikan Masin

Acar ikan masin ini saya sediakan untuk bulan ramadan yang bakal menjelang. Ye lah, Kadang-kadang tu tak ada selera nak bersahur. Bagi saya dengan adanya acar ini akan menambahkan selera makan kerana rasanya yang masam-masam masin. Memang best!

Jom tengok resipi acar ikan masin.

Acar ikan masin

1449531893330

1449531971097

 

Bahan-bahan:
1) 3 biji lemon dibuang kulit kuning, di belah 4 dan hiris tidak terlalu nipis
2) 3/4 cawan molases/gula merah
3) 1 mangkuk halia muda yang telah dihiris
4) 1 mangkuk ikan masin kurau di hiris kecil, digoreng hingga kekuningan dan toskan.
5) 2 sudu teh biji sawi
6) 5 ulas bawang putih dihiris kasar
7) 1 sudu besar serbuk ketumbar (saya guna 2 sudu besar biji ketumbar)
8) 2 sudu teh serbuk jintan manis
9) 4 sudu besar serbuk cili kering.
10) 2 sudu besar cuka epal.
11) 3/4 cawan air.

Cara membuat:
1) Hirisan lemon dibuang biji, ramas dan buang sedikit jusnya supaya acar ini tidak terlalu masam.
2) Masukkan molasses/ gula merah ke dalam hirisan lemon dan gaul sehingga rata.
3) Tumis bawang putih, biji sawi dan biji ketumbar hingga kekuningan
4) Masukkan sedikit air ke dalam mangkuk berisi cili kering, serbuk jintan manis dan (serbuk ketumbar, jika tidak menggunakan biji ketumbar) dan masukkan ke dalam tumisan bawang putih.
5) Bila rempah dah masak masukkan air dan cuka epal, biarkan sehingga mendidih.
6) Kemudian masukkan kulit lemon, halia dan akhir sekali ikan masin kurau. Masak sekejap saja dan padam api dapur.
7) Masa ini kuah akan kelihatan cair, bila dah sejuk kuah akan jadi pekat. InsyaAllah.

Ok, selamat mencuba. 🙂