Hari ini nak share resipi acar limau nipis yang saya buat minggu lepas. Acar limau ini perlu dibiarkan selama seminggu atau lebih baru sedap dimakan sebab bila lama, rasa acar akan sebati dan kulit limau akan lebih lembut. Rasa pahit pada kulit limau membuat acar ini ada terasa sedikit rasa pahit, tapi itu yang membuat saya suka dengan acar ini.

Jom tengok resipi acar limau nipis ini. πŸ˜‰

ACAR LIMAU NIPIS

1449530791830

Bahan-bahan:

1) 8 biji limau nipis di belah 8 (gunakan buah yang berkulit nipis)
2) 1 sudu besar garam
3) 2 sudu teh biji sawi
4) 4 ulas bawang putih dimayang kasar
5) 1″ halia dimayang
6) 1 sudu teh serbuk cili kering
7) 2 sudu teh serbuk jintan manis
8) 2 sudu teh serbuk ketumbar
9) 2 sudu besar cuka epal
10) 3/4 cawan gula molasses atau gula perang
11) 1/2 cawan air

Caranya:

1) Masukkan limau nipis yang telah dihiris 8 ke dalam mangkuk dan tabur garam, gula & cuka epal dan gaul sehingga rata.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis biji sawi sekejap dan masukkan halia, bawang putih, serbuk cili, jintan dan ketumbar sehingga naik bau.
3) Masukkan adunan limau nipis dan air. Kecilkan api dan masak selama 15 minit atau sehingga pekat dan kulit menjadi lembut (tambahkan sedikit air lagi sekiranya perlu lebih masa atas api untuk lembutkan kulit limau)
4) Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam botol.
5) Masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan selama seminggu supaya rasa acar menjadi sebati.

Ok, selamat mencuba. πŸ™‚

6 thoughts on “Acar Limau Nipis

    1. Maksud saya, acar limau perlu dibiarkan selama seminggu baru sedap dimakan. Kalau kulit limau tu tebal mungkin lebih lama. Lupa pula saya nak beritahu sebelum ini, kulit limau boleh dikikis kalau nak kurangkan pahit. πŸ™‚

  1. Salam Kasih. Nampaknya resipi nie mudah dan ringkas. Wajib cuba!
    Mak mentua saya selalu buat dan dia sertakan sekali jeruk buah2 kering mungkin utk tambahkan kemanisan. Tp saya selalu aim buah limau je. :-). Terima kasih sbb berkongsi resepi ini.

    1. WaalaikumusSalam. Sama2. Baru2 ini saya buat acar ikan masin, resipi lebih kurang sama cuma saya gunakan buah lemon dan biji ketumbar dan masukkan halia.. kalau ada masa cuba lah resipi ni, mmmm..bg saya sedap, hehehe… tq Lina Fung Hashim. πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s