Assalamualaikum..

image

Sauerkraut ini dibuat dua hari sebelum Ramadan
image

KERABU DAGING SAUERKRAUT
image

Sauerkraut adalah makanan popular rakyat Jerman seperti juga kimchi, di kalangan masyarakat Korea. Ia sering digunakan sebagai perasa atau pembuka selera kepada pelbagai makanan. Sauerkraut juga adalah makanan yang baik untuk kesihatan badan.
Sauerkraut adalah nama Jerman untuk kubis masam. Ia adalah sayur kubis yang dipotong menjadi kepingan kecil digaul garam dan kemudian diperam. Rasanya yang masam dihasilkan oleh bakteria asid laktik yang menapai gula yang terdapat dalam kubis. Bakteria hidup yang dihasilkan oleh penapaian kubis, kaya dengan enzim dan menggalakkan pertumbuhan flora usus yang sihat. Ini adalah kerana ia menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya. Selain itu bakteria hidup ini meningkatkan sistem imum badan yang sihat kerana ia membantu dalam sintesis vitamin B. Bakteria lactobacilli yang terdapat dalam sauerkraut adalah bakteria yang sama juga terdapat dalam yogurt.

Sauerkraut sumber vitamin B, C dan K serta kaya dengan enzim dan zat mineral seperti kalsium, magnesium, folat, zat besi, kalium dan tembaga. Selain dari rendah kalori dan mengandungi serat yang sangat baik, sauerkraut juga mengandungi kadar antioksidan lutein dan zeaxanthin yang tinggi yang bermanfaat untuk kesihatan mata.

Sauerkraut dikatakan dapat membantu penghadaman dan pencernaan serta merawat penyakit ulser perut.

SAUERKRAUT/KUBIS JERUK

Bahan-bahan:
1) 2 kg kobis
2) 2 sudu besar garam (saya guna garam himalayan)

Cara:

1) Kobis dihiris kecil dan cuci. Toskan
2) Tabur garam ke atas kobis dan ramas (5-10 minit) sehingga layu dan keluar air.
3) Masukkan kobis ke dalam balang dan tekan sehingga padat. Jangan isikan sehingga penuh balang kerana perlu beri ruang untuk proses penapaian
4) Biarkan disuhu bilik selama 3 hari. Sekali sekala buka penutup dan tekan kobis bagi mampat dan pastikan air kobis dalam balang menutupi kobis
5) Sebelum masukkan balang ke dalam peti sejuk, rasa kobis terlebih dahulu. Sekiranya rasa sudah masam dan mencapai citarasa yang disukai bolehlah balang kobis di masukkan ke dalam peti sejuk.
6) Sekiranya belum mencapai rasa yang dikehendaki, biarlah lagi disuhu bilik.
7) Sauerkraut ini tahan berbulan-bulan bila disimpan dalam peti sejuk

Selamat mencuba.

Rujukan:

How to make sauerkraut

How To Make Homemade Sauerkraut in a Mason Jar

Sauerkraut

2 thoughts on “Sauerkraut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s