Khasiat Jintan Manis

Jintan Manis termasuk dalam kalangan makanan yang sihat. Digunakan secara meluas dalam masakan.

Herba jintan ini mempunyai pelbagai khasiat perubatan.

image

Teh jintan paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu kejang perut dan melegakan sembelit. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi, dapat merawat gejala2 PMS dengan mengawal hormon estrogen dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual. Manfaat kesihatan yang lain ialah menurun paras kolesterol ldl, meningkat sistem imun, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas.
image

image

Bagi saya yang sangat menarik tentang jintan ni, dikatakan boleh membendung selera makan, meningkat tahap tenaga, menghalang rasa lapar dan membantu dalam mengurangkan berat badan! 🙂

1 tsp jintan manis ( crush the fennel lightly) + 1 cawan air panas. Di rendam selama 5-10 minit, tapis dan boleh maniskan dengan madu. Minuman ini sesuai untuk siapa-siapa nak diet hehe..

Teh jintan manis ini tidak sesuai bagi wanita mengandung.

khasiat Pudina

Herba pudina mempunyai banyak nilai pemakanan dan ia digunakan secara meluas untuk merawat beberapa jenis penyakit.

Nilai perubatan pudina adalah disebabkan kandungan menthol, menthone dan ester menthyl. Sifat karminatif pudina boleh membantu senak, kembung perut dan sakit perut. Pudina mengandungi sejumlah besar mineral dan vitamin.

Pudina membantu meningkatkan penghadaman dan mengatasi masalah angin yang berlebihan di dalam perut, merawat jangkitan saluran kencing, kekejangan perut, selsema, cirit birit, dan menyegarkan nafas.

image
Selalunya bila nak minum teh pudina, saya beli yang telah dikeringkan dan organik.

Buku ini digunakan juga untuk rujukan tambahan
image

Minum teh herba pudina sebelum tidur boleh melegakan kekejangan otot, membantu tidur dengan selesa dan mewujudkan aliran hempedu yang lebih baik, penting untuk pencernaan lemak. Menthol dalam pudina sangat berkesan untuk menipiskan mukus dan memecah kahak dan boleh membantu melegakan kesakitan. Teh pudina sering disyorkan sebagai rawatan untuk demam.

image

Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik yang berkaitan dengan asid perut yang berlebihan seperti refluks asid dan ulser tidak digalakkan minum teh pudina.

Rendam beberapa helai daun pudina yang matang ke dalam secawan air panas selama 3 hingga 5 minit dan minum ketika suam. Kalau nak maniskan teh ini masukkan sedikit madu.

Khasiat Dandelion

Daun dan akar dandelion sangat bermanfaat untuk kesihatan. Dandelion mengandungi pelbagai nutrien dan mempunyai potensi mengurangkan kolesterol dan kadang2 disyorkan sebagai makanan tambahan bagi wanita yang sedang hamil atau sesiapa yang mengalami kekurangan nutrien. Rasa yang agak pahit pada dandelion meningkatkan pengeluaran dan aliran hempedu didalam hati dan juga boleh membantu mencegah pembentukan batu karang.

image

Dandelion boleh merangsang pengeluaran insulin dari pankreas dan seterusnya membantu merendahkan tahap kadar gula dalam darah. Sifat diuretik dandelion boleh membantu mengeluarkan pemendapan gula dalam buah pinggang melalui air kencing. Sering juga diambil bagi tujuan menurunkan tekanan darah kerana kandungan patassium yang tinggi terdapat didalam dandelion. Manfaat kesihatan dandelion termasuk juga mengekalkan kesihatan tulang, kulit, anemia dan ‘ a gentle blood cleanser ‘, dikatakan mampu merawat beberapa penyakit kulit terutama bila di campur bersama burdock (gobo). Akar dandelion menggalakkan detokfikasi hati.

image
image
(Dua buku ini sebahagian dari koleksi buku kesihatan yang sering juga saya rujuk untuk mengetahui khasiat2 herba di samping melayari internat bagi menambah ilmu)

Dandelion boleh dijadikan tonik untuk menguatkan seluruh badan terutama hati dan hempedu juga menggalakkan proses pencernaan. Akar dandelion adalah salah satu remedi yang selamat dan herba yang paling popular dipasaran.

image

Pada amnya dandelion adalah dianggap selamat diambil namun begitu kemungkinan ada terdapat kesan sampingan bila berinteraksi dengan ubat ubatan dan kadang2 sesetengah orang mungkin mendapat alergi bila mengambil dandelion.