Daun dan akar dandelion sangat bermanfaat untuk kesihatan. Dandelion mengandungi pelbagai nutrien dan mempunyai potensi mengurangkan kolesterol dan kadang2 disyorkan sebagai makanan tambahan bagi wanita yang sedang hamil atau sesiapa yang mengalami kekurangan nutrien. Rasa yang agak pahit pada dandelion meningkatkan pengeluaran dan aliran hempedu didalam hati dan juga boleh membantu mencegah pembentukan batu karang.
Dandelion boleh merangsang pengeluaran insulin dari pankreas dan seterusnya membantu merendahkan tahap kadar gula dalam darah. Sifat diuretik dandelion boleh membantu mengeluarkan pemendapan gula dalam buah pinggang melalui air kencing. Sering juga diambil bagi tujuan menurunkan tekanan darah kerana kandungan patassium yang tinggi terdapat didalam dandelion. Manfaat kesihatan dandelion termasuk juga mengekalkan kesihatan tulang, kulit, anemia dan ‘ a gentle blood cleanser ‘, dikatakan mampu merawat beberapa penyakit kulit terutama bila di campur bersama burdock (gobo). Akar dandelion menggalakkan detokfikasi hati.
(Dua buku ini sebahagian dari koleksi buku kesihatan yang sering juga saya rujuk untuk mengetahui khasiat2 herba di samping melayari internat bagi menambah ilmu)
Dandelion boleh dijadikan tonik untuk menguatkan seluruh badan terutama hati dan hempedu juga menggalakkan proses pencernaan. Akar dandelion adalah salah satu remedi yang selamat dan herba yang paling popular dipasaran.
Pada amnya dandelion adalah dianggap selamat diambil namun begitu kemungkinan ada terdapat kesan sampingan bila berinteraksi dengan ubat ubatan dan kadang2 sesetengah orang mungkin mendapat alergi bila mengambil dandelion.
Salam..
Alhamdulillah entry awk dh bg info yg berguna kepada sy. Sy tgh cari maklumat pasal akar dandelion ni. Kat mane ye bleh dpt kan daun2 herba kering dalam pack mcm tu?
Jazakillahu khoir..
Waalaikumussalam Juwairiah. Untuk jenama seperti di atas, boleh dapatkan di kedai GNC. Kalau jenama lain rasanya mungkin ada dijual di Vitacare/Guardian. Kedai GNC- di Klcc, Pavillion, Mid Valley dll.